Umum mengetahui bahawa Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil kembali sebagai pengacara di Kool 101 sejak Mac lalu dan dalam segmen pagi dimana dia akan mendengarkan pelbagai perkongsian daripada pendengar.
Dari masalah, kisah gembira atau inginkan pendapat, pendengar boleh menghubungi Pak Nil ketika on air untuk menceritakan apa yang terpendam.
Baca Juga:
- 7 Tip Anak Anda Di Landasan Hidup Yang Betul, Sesuai Untuk Ibubapa Sibuk
- Ibu Bapa Angkat Jepun Buat Aku Lebih Hargai Orang Tua Sendiri
- 5 Cara Urus Rasa Marah Ibu Bapa Muda Dengan Kerenah Anak
Terbaharu, seorang pendengar yang dikenali sebagai Azaly telah berkongsi bahawa dia menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit selepas bapanya meninggal dunia.
@kool101my “Mak tak boleh berjalan ataupun bertatih pun. Malangnya mak masih lagi tak boleh terima dia punya keadaan macam tu dengan abah macam tu. Jadi saya hantar lagi surat resign sebab saya taknak company saya bermasalah kerana saya.” 🥺 “Bos bagi lagi 3 bulan sebab saya dah 14 tahun dah kerja kat situ. Saya mesej dekat bos saya bos saya datang dengan dia punya P.A. dia bagi pampasan dekat saya.” – Azaly Bagus nya majikan macam ni kan. Sangat memahami. Respect sangat! ❤️ Apa-apa pun semoga semuanya dipermudahkan untuk Azaly. 🤲🏻 Catch up Pagi On Point + Datuk Aznil di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #Kool101
Menerusi perkongsiannya, dia memberitahu bahawa dia menghantar surat berhenti kerja tetapi ditolak oleh majikan dan dinasihati majikannya mengambil dulu cuti tanpa gaji.
Tambahnya, dia sudah bekerja di syarikat itu selama 14 tahun. Walau bagaimanapun, kesihatan ibunya tidak membaik dan dia meminta untuk berhenti kerja sekali lagi.
Majikannya itu telah menziarahinya dia dan memberikan pampasan kepadanya. Perkongsiannya itu telah mengundang sebak Pak Nil, Haiza dan Muaz.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak mendengar kisah Azaly yang berkorban untuk menggalas tanggungjawab menjaga ibunya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah.
Malah, ada juga netizen yang mendedahkan diri mereka turut berdepan dengan situasi sama dengan Azaly. Rata-rata netizen juga mendoakan agar urusan Azaly dipermudahkan.