Pada saban tahun, kita melihat peningkatan kehadiran pelancong dari China dan sebagainya kerana Malaysia semakin terkenal di peringkat global. Jadi, kita boleh pelbagai ragam pelancong yang datang ke sini lebih-lebih lagi di tempat awam.

Baru-baru ini, personaliti TV dan radio terkenal, Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil meraih pujian ramai atas tindakannya yang begitu positif terhadap pelancong yang berasal daripada negara Tembok Besar, China.

Dalam video yang dikongsikan dalam TikTok miliknya, Pak Nil berkongsi dia sedang menaiki ETS dan bertembung dengan pelancong dari negara itu yang sangat riuh.

Namun, dia tidak pula memarahi mereka malah mengambil pendekatan yang berbeza dalam mengendali situasi riuh tersebut.

Di dalam video itu, dia memilih untuk menyapa mereka dan berborak menggunakan aplikasi penterjemah di telefon pintar mereka.

“Diorang cakap kuat, dorang kan pelancong. Kita kena tunjuk jadi tuan rumah rumah yang bagus, tak boleh lawan dia, kita join lah dia.

“Kita jangan cakap omputih kita cakap melayu je, kita cuba jadi itik ayam nak? Buat kawan, sebab dia datang negara kita, bawak duit, kita perkenalkan Bahasa melayu kita,” katanya.

Dalam pada itu, Pak Nil bertanya kepada pelancong itu berkenaan perjalanannya di Malaysia.

@datukaznilnawawi

Pilihan di tangan anda. Nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Kejadian berlaku dalam ETS @KTMB baru2 ni ketika perjalanan Paknil ke Buttetworth.

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Perkongsian video personaliti terkenal itu ternyata meraih pujian netizen kerana bijak mengawal situasi tersebut dan tidak beremosi seperti kebiasaan orang ramai.

Netizen turut meminta orang ramai untuk mencontohi tindakan baik itu agar boleh menjaga nama baik negara di mata dunia.

Sumber