Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini acara larian seperti marathon semakin mendapat tempat di dalam rakyat Malaysia. Hal ini mungkin kerana pendedahan gaya hidup sihat yang kian meluas di platform media sosial.
Kebanyakan acara larian yang diadakan akan dilakukan pada awal pagi dan ada juga acara bermula pada waktu malam. Malah, semua lapisan umur mahupun jantina dibenarkan menyertai acara tersebut.
Baca Juga:
- Lihat Hasil Pasangan Ini Membelanjakan RM1.4 Juta Untuk ‘Renovate’ Rumah Teres Terbiar
- ‘Raja Sehari Swarovski’ – Pengasas Bawal Exclusive Belanja RM3.5 Juta Untuk Sambut Menantu
Tular di media sosial satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok yang mengkritik orang ramai menyertai acara larian namun gagal menunaikan tuntutan agama.
@saadabiwaqas7 Kesihatan yang Mungkar.. #fypp #videoviral #foryoupage #foryou #viral #pilihanyangterbaik #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #dakwah
Menerusi video berdurasi satu minit itu, dapat didengari perakam meluahkan perasaan menyatakan ramai yang mahu menjaga kesihatan tetapi memandang remeh hukum agama.
“Hari ini ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat itu datang daripada Allah SWT. Tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam tak jaga aurat.
“Walaupun mereka bertudung tapi pakaian mereka ketat-ketat, Allahuakhbar… dan sebenarnya ramai yang tidak solat,” katanya.
Menerusi video itu, difahamkan individu terbabit merakam lokasi kejadian di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat pelbagai respon netizen, rata-ratanya berpendapat individu terbabit tidak sepatutnya menghukum orang lain tanpa usul periksa.
Dalam pada itu, netizen menepis dakwaan individu berkenaan apabila mengatakan acara larian terbabit bermula pada 5 pagi, walhal majoriti acara diadakan sekitar 7 pagi yang mana sempat pergi melaksanakan solat Subuh terlebih dahulu.


Tidak kurang juga ada yang menyokong kenyataan individu terbabit kerana teguean yang diberikan tidak salah dan boleh diambil sebagai pengajaran.