Pada 18 Januari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah selamat menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre.

Menerusi satu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri Brunei Darulsallam, selepas kejayaan prosedur, baginda sedang bersemayam di beristirehat di bawah pemantauan pasukan perubatan.

Baca Juga:

Seorang pakar jantung dari Institut Jantung Negara (IJN), Dato’ Sri Dr Azmee Ghazi, Ketua Kardiologi dan Pengarah Perkhidmatan Kegagalan Jantung, untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perubatan Baginda bagi prosedur ini.

“Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan klinikal dan kepakaran pakar IJN dalam memberikan tahap penjagaan yang tertinggi.

“Undangan untuk menyumbang tenaga bersama pasukan perubatan pakar Baginda merupakan satu pengiktirafan profesional yang amat bermakna.

“Ia sekali gus memperkukuh kedudukan IJN sebagai pusat kecemerlangan serantau, dengan kepakaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi rawatan kardiovaskular yang kompleks dan bertaraf tinggi, hasil daripada pengalaman berdekad-dekad, pencapaian klinikal yang terbukti, serta piawaian yang tiada kompromi,” petik kenyataan rasmi IJN.

Pada masa sama penyertaan Dato’ Sri Dr Azmee merupakan bukti kepimpinan beliau dalam bidang kardiologi lanjutan dan pengurusan kegagalan jantung, serta komitmen IJN dalam melahirkan pakar yang memenuhi penanda aras antarabangsa tertinggi.

IJN juga sentiasa bersedia untuk menyumbangkan kepakaran kami di mana sahaja ia diperlukan, berpandukan profesionalisme, ketepatan, dan tanggungjawab murni untuk berkhidmat.