Trend pemain bola sepak melabur dalam kelab bola sepak semakin mendapat perhatian sebagai langkah yang bijak dan strategik dalam memastikan masa depan kewangan mereka terjamin.
Kylian Mbappe, misalnya, bukan sahaja terkenal dengan prestasinya di atas padang, tetapi juga terlibat dalam memiliki pasukan Ligue 2 iaitu SM Caen.
Baca Juga:
- Peter Lim Enggan Jual Valencia Kepada Cristiano Ronaldo
- Tevez Mahu Gandingkan Messi Dan Ronaldo Dalam Satu Pasukan
- Cristiano Ronaldo Mahu Jadi Pemilik Kelab Selepas Bersara
Selain Mbappe terdapat beberapa pemain yang melabur dalam kelab bola sepak seperti Luka Modric (Swansea City), Juan Mata (San Diego FC) dan Jamie Vardy (Rochester New York FC).
Bagi Dr. Rob Wilson, seorang pakar kewangan bola sepak, beliau menyarankan bahawa bintang Portugal, Cristiano Ronaldo supaya mempertimbangkan untuk melabur dalam kelab bola sepak
Kelab yang dimaksudkan oleh Rob ialah Cheltenham Town, pasukan dalam saingan EFL League Two dan kini menghuni tangga ke-15 liga.
Kenapa Ronaldo Perlu Melabur Di Cheltenham Town
“Saya akan terkejut jika Cristiano Ronaldo tidak melabur dalam sebuah kelab bola sepak di England,” ujar Rob menurut sumber laporan Goal.
“Saya rasa dia pasti akan cuba mencari peluang untuk melibatkan diri dengan kelab seperti Manchester United sebagai pelaburan strategik atau menjadi pemilik minoriti dengan cara tertentu.”
“Seperti yang saya katakan baru-baru ini tentang kemungkinan Elon Musk terlibat dalam bola sepak, Cheltenham Town adalah aset yang sangat ‘undervalued’ dengan asas kewangan yang kukuh.”
“Jadi, jika seorang pelabur ingin melihat sebuah kelab bola sepak, mereka tidak akan salah jika melihat Cheltenham Town Football Club kerana kelab ini benar-benar berada dalam kedudukan yang baik dalam senarai aset bola sepak yang paling menarik.”
“Realitinya untuk Musk atau Ronaldo sekarang adalah, dengan segala hormat, ia hanya wang saku bagi mereka kerana mereka sangat kaya. Sekarang, ia boleh memberikan impak yang besar kepada kelab dan membawa banyak manfaat.”
“Namun, saya rasa anda tidak akan mendapat pulangan pelaburan seperti yang anda harapkan, kerana anda bukan mencari beberapa juta, tetapi puluhan atau ratusan atau trofi Liga Juara-Juara yang boleh dibanggakan dengan mengatakan bahawa anda adalah kelab yang telah anda labur,” tambah beliau lagi.