Parlimen Israel kini sedang membincangkan rang undang-undang (RUU) baharu yang akan membahagikan Kompleks Al Aqsa kepada orang Islam dan Yahudi.

Rancangan ini sudah pastinya menimbulkan rasa resah rakyat Palestin kerana ia akan mengubah konflik Palestin-Israel menjadi perang antara agama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Disebabkan itu, RUU ini ditentang keras oleh rakyat Palestin, terutamanya Perdana Menteri mereka, Mohammed Shtayyeh. Beliau juga telah meminta bantuan daripada Indonesia, Malaysia, Turki dan Mesir untuk menghalang pelaksanaan RUU ini.

RUU ini telah dicadangkan oleh ahli Parti Likud, Amit Halevi dan dijangka akan diserahkan kepada Knesset Israel dalam beberapa hari akan datang.

Asas cadangan ini adalah untuk mengukuhkan pengasingan kaum di Tebing Barat, selepas Jawatankuasa Menteri mengundi menyokong RUU ini.

Menurut agensi berita Wafa, RUU untuk membahagikan Al Aqsa kepada dua bahagian merangkumi cadangan di mana bahagian selatan perkarangan masjid itu dikhaskan untuk orang Islam, manakala bahagian tengah dan utara, termasuk Kubah Batu, dikhaskan untuk orang Yahudi.

Sekiranya RUU ini diluluskan, orang Yahudi akan dibenarkan memasuki perkarangan dari semua pintu, termasuk Pintu Maghribi, pintu yang kini di bawah kawalan penuh pihak berkuasa Israel dan tidak boleh diakses oleh rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Mohammed Shtayyeh berkata bahawa RUU baru ini akan mencetuskan kemarahan yang melampau di kalangan rakyat Palestin.

Seperti yang dilaporkan oleh Arab News, Shtayyeh juga memberi amaran bahawa rang undang-undang Israel boleh membawa kepada “akibat yang tidak dapat diramalkan” kerana ia melibatkan kesucian tapak umat Islam.

Rakyat Palestin telah menentang sebarang campur tangan atau perubahan oleh pihak berkuasa Israel di kawasan Kompleks Al Aqsa. Bukan sahaja Palestin, Jordan sebagai penjaga tempat suci Islam dan Kristian juga menentang perkara ini.

Kompleks Al Aqsa atau biasa dipanggil Masjid Al Aqsa merupakan tempat suci bagi umat Islam. Menurut penasihat presiden mengenai hal ehwal Baitulmaqdis, Ahmed Al Ruwaidi, Israel mesti menghormati Jordan yang turut bertanggungjawab menjaga tempat suci ini.