Para peminat setia NARUTO, Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk pameran sambutan ulang tahun ke-20 siri anime terkemuka tersebut dari 7 Oktober sehingga 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil.

Pameran ulang tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia ini menjanjikan pengalaman yang hebat dan unik buat peminat-peminat NARUTO, di samping menawarkan peluang unik untuk menghidupkan semula adegan-adegan ikonik, peluang untuk jadi Ninja dan beli barangan eksklusif NARUTO di kedai pop-up yang akan dibuka.

Menerusi Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia, para peminat dapat menikmati pengalaman terbaik dan ikonik dalam anime yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui skrin kaca televisyen.

Selain itu, pameran ini juga bakal menampilkan set 3D, galeri alatan ninja dan pengalaman VR yang membolehkan peminat untuk berinteraksi dengan watak kegemaran mereka dari alam semesta NARUTO dan BORUTO (tiket untuk pengalaman “NARUTOXBORUTO VR” dijual secara berasingan).

Pameran ini bakal memaparkan lapan adegan klasik ciptaan semula dari siri anime NARUTO, yang dilengkapi dengan dengan kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan. Para peminat boleh melakukan aksi ninjutsu di lapangan, terperangkap dalam ‘Curse Sealing’ Kakashi, dan alami detik terakhir abang Uchiha dan saksikan pertempuran legenda antara Naruto dan Sasuke di The Final Valley dan banyak lagi.

Tiket Early Bird boleh dibeli sekarang pada harga RM58


Pengunjung boleh mendapatkan tiket awal untuk Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia bermula 12 September hingga 5 Oktober pada harga RM58 atau RM88 untuk pakej gabungan Tiket Pameran + Tiket VR.

Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh dibeli pada harga RM18 atau RM48 untuk pakej Tiket Pameran + Tiket VR. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, sila klik di sini.

Pengunjung akan diberi satu (1) Kad Gores percuma dengan setiap pembelian tiket melalui my.bookmyshow.com semasa tempoh Early Bird. Tebus Kad Gores* di kaunter tiket lokasi pameran dari 7 Oktober – 31 Disember 2023 dan berpeluang memenangi hadiah.
*Selagi stok masih ada.

Perhimpunan Terbesar Peminat NARUTO!

Peminat setia NARUTO dijemput untuk menyambut majlis pembukaan Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia pada 7 Oktober 2023, 10 pagi di Pavilion Bukit Jalil.

Jadi, jangan lupa untuk sarung persalinan watak NARUTO kegemaran anda dan untuk sama-sama memeriahkan perhimpunan ini, klik di sini untuk info lanjut dan mendaftar. Ayuh!