Oppo A98 5G merupakan peranti terbaharu yang bakal membuat kemunculan di dalam pasaran Malaysia pada 15 Mei ini. Peranti ini dimuatkan dengan spesifikasi menarik dengan tawaran harga menepati bajet semua orang.

Kami diberi berpeluang untuk melihat peranti ini dengan lebih dekat menerusi unit yang diterima. Ini pendapat kami untuk pandang pertama peranti Oppo A98 5G yang bakal dilancarkan di Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Oppo A98 5G ini dari luarannya menampilkan reka bentuk yang lebih sleek dan premium. Skrin juga hadir dengan rekaan rata di samping bahagian tepi badannya yang melengkung sekaligus terasa lebih sedap untuk dipegang.

Sumber Gambar: The Vocket

Pada bahagian belakang pula, peranti ini hadir dengan permukaan seakan finishing matte berwarna hitam yang menyerlahkan imej premiumnya. Di samping itu, pada bahagian kamera terdapat corak unik yang tampak futuristik apabila dilihat.

Sumber Gambar: The Vocket

Masih tersedia bicu audio 3.5mm, slot pengecasan dan juga speaker yang disusun rapi pada bahagian bawah. Kedudukan butang fizikal pada kedua-dua bahagian sisi mudah dicapai menjadikan ia lebih ergonomik untuk kegunaan seharian.

Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan spesifikasi yang ditawarkan, nantikan pelancaran Oppo A98 yang bakal berlangsung pada 15 Mei kelak. Anda juga patut nantikan review penuh kami untuk peranti Oppo A98 5G pada masa kelak.