Pihak OPPO Malaysia sedia memaklumkan kepada rakan media bahawa siri OPPO Reno10 bakal memasuki pasaran tempatan secara rasmi.
Sebelum tiba ke hari pelancaran rasmi, kami diberi peluang untuk melihat sendiri peranti ini lebih awal. Kini kami kongsikan beberapa gambar pandang pertama telefon OPPO Reno10 yang bakal dilancarkan pada 6 Julai ini.
Baca Juga:
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Dari segi luaran, peranti ini tampil rekaan yang premium dengan skrin yang melengkung. Malah, kehadiran notch bersaiz kecil serta bezel yang nipis pada bahagian hadapan menjadikan paparan kandungan yang lebih luas untuk dilihat.
Beralih ke bahagian belakang pula, peranti ini hadir dengan finishing plastik berwarna kelabu yang licin yang mana menampilkan elemen flagship tetapi agak susah untuk dipegang.
Selain itu, terdapat beberapa butang fizikal lain yang terletak pada bahagian tepi yang mana mudah dicapai oleh jari. Pada bahagian bawah pula, peranti ini hadir dengan speaker bersama ruang pengecasan USB-C seperti biasa.
Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan spesifikasi yang ditawarkan, nantikan pelancaran siri OPPO Reno10 yang bakal berlangsung pada 6 Julai kelak. Anda juga patut nantikan review penuh kami untuk peranti ini pada masa kelak.