Wartawan bertanya pandangan Cristiano Ronaldo tentang wonderkid bernama Lamine Yamal.

Cristiano Ronaldo berpendapat bahawa, Lamine Yamal adalah bakat luar biasa dan bakal memenangi banyak anugerah individu yang besar di masa akan datang.

pandangan Cristiano Ronaldo

Legenda Portugal itu baru baru ini berdepan dengan Lamine Yamal di atas padang. Pertarungan bakat 2 generasi berbeza. Dalam aksi final UNL tersebut, Cristiano Ronaldo dan Portugal bergelar juara selepas memenangi pertarungan pada penentuan penalti.

Ronaldo  jelas kagum dengan Lamine Yamal. Dan meminta wartawan untuk tidak terlalu mengganggu pemain remaja tersebut.

Cristiano Ronaldo akui dia mendengar ramai pihak mulai membandingkan pemain muda Barcelona dan Sepanyol itu dengan bintang bintang serta legenda bola sepak yang lain termasuk CR7 sendiri.

Perkara itu telah menimbulkan banyak perdebatan di kalangan peminat. Ronaldo tidak gembira melihat wartawan dan media terlalu mengganggu Lamine Yamal. Ianya tidak elok untuk kariernya.

Pandangan Cristiano Ronaldo

Bercakap kepada wartawan, Ronaldo berkata: “Lamine Yamal akan  memenangi banyak gelaran [trofi] dengan pasukan dan anugerah secara individu.

“Dia baru 17 tahun. Dia luar biasa namun tolong jangan ganggu dia. Kerana dia ada karier yang sanggat jauh dan sudah  tentu dia akan dapat memenangi Liga Negara Negara Eropah ini banyak kali,” begitulah pandangan Cristiano Ronaldo tentang pemain tersebut yang sudah memiliki beberapa trofi di peringkat kelab serta Euro dalam koleksinya.