Nota Editor: Perkongsian ini asalnya dipaparkan di fb wall Al Irfan Jani, seorang usahawan dan juga penulis di SaleStory-Teller. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan izin dari penulis asal. Semoga perkongsian ini membawa manfaat terutama buat ibu bapa dan para guru dalam mengenal potensi diri setiap anak.

HARI INI SIPUT, ESOK JAGUAR

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Mengikut kajian Khan Academy, jika seorang murid diberikan masa yang CUKUP untuk kuatkan kefahaman ASAS dalam sesuatu ilmu, kita akan MEMBONGKAR potensi besar anak ini dalam masa beberapa hari selepas itu (dalam kajiannya, 70 hari)

Menurut Salman, pengasas Khan Academy, kebiasaannya dalam sebuah kelas, sewaktu mengajar, guru akan perasan ada sesetengah anak murid yang angkat tangan. Ada juga yang tak angkat tangan. Ada yang berwajah ‘blur’.

Dalam praktis tradisional, guru mungkin menjangka anak murid yang aktif inilah biasanya yang akan jadi doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Dan yang tak angkat tangan itu, pelajar yang biasa-biasa, atau lebih teruk lagi, corot.

Namun, setelah kita membiarkan anak-anak ini MENGUATKAN asas kefahamannya TANPA DIPAKSA menghabiskan silibus dengan cepat, setelah beberapa hari, budak yang corot ini berjaya habiskan silibus seterusnya dengan SUPER CEPAT.

Akhirnya, anak corot ini dapat nombor satu di dalam kelasnya. Dan ‘pattern’ begini bukan sekali dua kami temui. KERAP SANGAT.

Rujuk gambar A, adalah prestasi anak murid yang aktif (angkat tangan)

gambar-a

Rujuk gambar B, prestasi anak murid pendiam, melonjak ke No.1

gambar-b

Kepada ibu bapa, boleh amalkan ‘home schooling‘ untuk menguatkan asas kefahaman anak. Kemudian, boleh masukkan semula ke sekolah biasa jika dah menguasai asas.

Berikut, adalah jenis-jenis guru dalam amalannya:

1) “Bulan ni, kalian semua (seluruh kelas) harus habiskan SATU SUBTOPIK.”  Ini amalan yang berbahaya

2) “Hari ini, cikgu nak tengok masing-masing dah sampai mana.”  Ini amalan yang bagus.

Kesimpulannya, setiap anak ada keupayaan yang berbeza. Oleh itu, jangan terlalu awal ‘JUDGE‘ anak anda corot atau cemerlang.

Jika anak anda lembap sekarang, berikan peluang, tunjukkan dengan sabar. Jangan dibiarkan, kerana ia adalah petanda anak anda menjadi HEBAT. Inilah namanya ‘growth’.

“Siput”nya anak kita hari ini,
adalah “Jaguar” di masa depan,
jika diberi MASA dan KEFAHAMAN yang cukup.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram