Bekas penyerang Osasuna, Walter Pandiani mendedahkan mengenai sikap toksik Cristiano Ronaldo ketika bersama Real Madrid apabila beliau melabel ikon Portugal itu sebagai sangat angkuh.
Dalam pada itu, Pandiani turut mengimbas kembali satu insiden dalam aksi La Liga menentang Los Blancos di mana beliau bertengkar dengan Ronaldo yang berkelakuan biadab terhadapnya.
Baca Juga:
- Takut 5G Jejas Tidur! Ini Tabiat Cristiano Ronaldo Dibongkarkan Oleh Cedric Soares

- Ini Sebab Cristiano Ronaldo Pilih Untuk Tak Hadir Ke Pengebumian Diogo Jota

- Ini Pandangan Cristiano Ronaldo Terhadap Lamine Yamal

Pandiani yang pernah beraksi bersama beberapa kelab di Sepanyol dan England termasuk Birmingham City, Espanyol dan Osasuna menyifatkan Ronaldo sebagai angkuh dan biadab ketika menceritakan semula satu insiden membabitkan pemain berusia 40 tahun itu dalam aksi La Liga.

Walter Pandiani Kecam Cristiano Ronaldo
“Pemain-pemain Osasuna memang penuh dengan semangat, mereka akan menjerit dan menghina dia sebaik sahaja dia keluar untuk memanaskan badan.”
“Itu buat dia marah dan ketika berlatih sepakan percuma, dia sengaja menyepak bola ke arah orang ramai. Disebabkan itu, perlawanan bermula dalam suasana tegang.”
“Semasa satu kekasaran memihak kepada Madrid, Cristiano Ronaldo menolak rakan sepasukan saya, Javier Camunas dan saya pergi untuk mempertahankannya.”
“Saya menolak Cristiano lalu dia bertanya siapa saya dan berapa gaji yang saya dapat,” ujar Pandiani menurut sumber laporan Goal.

“Pertengkaran itu berlarutan di terowong bilik persalinan bersama dia dan Sergio Ramos. Saya sangat marah, begitu juga mereka.”
“Saya langsung tidak suka dengan sikapnya. Dia seorang yang angkuh. Sebagai penjaring gol, dia memang hebat, tetapi kelakuannya sangat mengecewakan.”
“Selepas itu, Jose Mourinho (ketika itu pengurus Real Madrid) mengatakan saya hanya mencari publisiti percuma walaupun saya sudah bermain di divisyen utama selama sebelas tahun.”
“Ia memang pengalaman yang sangat tidak menyenangkan,” ujar beliau lagi.