Setiap orang pasti teruja bila tiba masa ‘Delivery Day’ kereta baru yang diidamkan sejak sekian lama. Tapi bukan semua ‘Delivery Day’ berakhir dengan kereta selamat sampai ke tangan, ada juga yang dapat khabar berita kurang menyenangkan.

Semalam tular satu kisah kereta Proton X50 mengalami kemalangan ngeri dan total lost semasa dalam perjalanan untuk menghantar kereta kepada pelanggan yang berada di Johor Bahru.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puteri TopSales, seorang bekas sales advisor Proton telah berkongsi satu hantaran bagi menceritakan hal sebenar dan membersihkan nama beliau akibat kemalangan yang berlaku.

Menurut Puteri, dia telah berurusan dengan pelanggan semenjak empat bulan lalu. Walaupun dia tidak lagi bersama Proton, dia masih berurus niaga menjual kereta atas kepercayaan pelanggannya.

Kereta pelanggan ini telah didaftar pada 1/3/2021 dan merancang untuk penghantaran dari KL ke JB pada 6/3/2021. Oleh sebab Puteri tidak lagi bekerja sebagai sales advisor Proton, dia telah dimaklumkan tidak menghantar kereta pelanggan bersendirian.

vocket-sales-advisor-proton-x50-kemalangan-4
Sumber Gambar: Facebook Puteri TopSales

Jadi, Azmi salah seorang sales advisor di situ telah menemani Puteri untuk penghantaran. Pada pukul 3 petang hari kejadian, pengurus bilik pameran tersebut telah menjadi saksi melihat Azmi memandu kereta Proton X50 tersebut, manakala dia membawa kereta Azmi.

Difahamkan sejurus mereka berdua keluar dari bilik pameran, Azmi telah hilang meninggalkan Puteri bersendirian. Apabila Puteri menelefon Azmi untuk berjumpa semula dan konvoi bersama, Azmi memberikan ‘alasan’ dan meminta Puteri untuk meneruskan perjalanan dulu.

vocket-sales-advisor-proton-x50-kemalangan-5
Sumber Gambar: Facebook Puteri TopSales

Pada jam 5.30 petang, Puteri telah menghantar lokasi pelanggan kepada Azmi dan dia memberitahu Puteri yang dia telah sampai di Melaka dan masih meneruskan perjalanan. Puteri selamat keluar dari tol Skudai Johor Bahru pada jam 7 petang, namun Azmi masih berdiamkan diri tanpa khabar berita.

Puteri berjaya menghubungi Azmi pada pukul 8 malam dan dia menyatakan telah berada di kawasan Segamat. Pada pukul 10 malam, Puteri cuba menghubunginya selama 40 kali, tetapi tidak dijawab.

vocket-sales-advisor-proton-x50-kemalangan-6
Sumber Gambar: Facebook Puteri TopSales

Sehinggalah pada pukul 11 malam, Puteri telah mendapat panggilan dari pelanggannya sendiri memberitahu yang Azmi telah menghubunginya memberitahu kereta tersebut telah mengalami kemalangan teruk dan total lost di sekitar kawasan Segamat.

Semasa di balai polis, Azmi membuat pengakuan dia telah memandu kereta pelanggan pada kelajuan 180km/j. Pada masa yang sama, dia menyalahkan Waze dan maps kerana membawa dia melalui jalan kawasan Karak dan menghampiri Dungun walaupun destinasi sebenar mereka berdua ialah Johor Bahru.

vocket-sales-advisor-proton-x50-kemalangan-8
Sumber Gambar: Facebook Puteri TopSales
vocket-sales-advisor-proton-x50-kemalangan-7
Sumber Gambar: Facebook Puteri TopSales

Ekoran kejadian tersebut, Puteri telah membuat satu cover report polis bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya. Dia berharap semua orang dapat mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku dan Puteri tetap berjumpa dengan pelanggannya bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Bagi Azmi pula, syukur kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan dari kemalangan ngeri tersebut. Terima kasih kepada sistem keselamatan Proton X50 yang mendapat 5-Bintang dari NCAP. Sekarang dia bertanggungjawab ganti rugi dalam kes ini.

Pada awal bulan Februari lalu, seorang pemandu terselamat walaupun Proton X50 miliknya total lost akibat terlanggar rim dan tayar lori yang tertinggal di atas jalan raya.

Pemandu Selamat Walaupun Kereta ‘Total Lost’, Proton X50 Layak Terima Penarafan NCAP ASEAN 5-Bintang

Proton X50 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM79,200

Sumber