Hari ini ramai orang mula sukakan kediaman cantik dan selesa. Sedikit panduan mudah cantikkan kediaman.

1. Pilih satu tema atau gaya yang kita suka atau rasa selesa. Contohnya gaya urban chic, scandinavia, minimalis, hipster atau apa sahaja yang kita suka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

senihias dalaman 1

2. Cari sebanyak mungkin gambar tema yang kita suka ini contohnya imej-imej hipster, scandinavian dan himpunkan.

senihias dalaman 2

Lebih baik jika kita dapat cetak dan susun atas meja. Jangan biarkan imej ini dalam bentuk digital seperti dalam telefon pintar sahaja.

3. Apabila semua gambar-gambar imej ini dah ada banyak, bahagikan kepada 4 bahagian iaitu; lantai, dinding, siling dan perabot.

senihias dalaman 3

4. Apa sahaja yang akan ada diatas lantai kita masukkan bahagian lantai, tapi ingat jangan terlalu sarat.

senihias dalaman 4

Biasanya permaidani dan kekemasan lantai seperti jubin, timber board atau vinyl sahaja.

5. Apa sahaja yang akan ada di dinding kita masukkan dalam kelompok ini termasuklah wallpaper, cat, gambar dan segala hiasan dinding.

senihias dalaman 5

Curtain dan pintu sebahagian dari dinding juga kawan.

6. Seterusnya adalah siling, termasuklah jenis lampu, warna, kipas dan hiasan.

senihias dalaman 6

7. Pilih dan beli perabot yang menyerupai atau sama dengan gaya tersebut.

senihias dalaman 7

Cari biar nampak sama, tema akan gagal jika kita pilih perabot yang salah, contohnya gaya hipster tetapi kerusi Jepara, Jawa!

8. Apabila kita putuskan satu tema, guna skema warna tema tersebut agar lebih mudah, walaupun kita minat gila dengar warna merah jambu.

senihias dalaman 8

Jika bukan dalam tema kita, tolong jangan guna. Beli rumah lain dan guna nanti puas puas!

9. Buat susunan ruang berdasarkan kegunaan rumah kita, susun bagi kita selesa guna bukan hanya nampak cantik gila tapi kita tak boleh guna.

senihias dalaman 9

10. Bagi yang baru belajar, di IKEA banyak gaya dan tema yang kita boleh belajar dan pilih. Ia lebih mudah kerana IKEA sediakan design dan designer yang baik untuk kebanyakkan produk mereka.

11. Cantikkan ruang dalaman bukan soal wang semata-mata, ia soal kreativitas manusia. Banyak ruang yang cantik tidak perlukan modal yang besar.

12. Banyakkan berjalan, membaca dan lawat IKEA selalu. Lama-lama kita juga boleh pandai pilih tema dan perabot yang sesuai.

13. Banyak rumah lelong yang kita beli dan ubahsuai jadi cantik dari yang asal.

Jika dapat 500 share saya akan kongsikan pemilihan warna dan skim warna kediaman anda! Amacam ada berani?