Panglima Tentera Uganda, Muhoozi Kainerugaba sekali lagi menjadi tumpuan dunia selepas mengeluarkan beberapa kenyataan berani dan kontroversi berkaitan konflik di Timur Tengah.
Menerusi siri hantaran di media sosial, panglima tentera Uganda itu secara terbuka menyatakan sokongan padu kepada Isr*el dalam konflik melibatkan Iran.
Lebih mengejutkan, dia menawarkan untuk menghantar sehingga 100,000 anggota tentera bagi membantu Isr*el “menawan” Tehran.

Tidak terhenti di situ, Kainerugaba turut mendakwa bahawa hanya satu briged tenteranya sudah mencukupi untuk menawan ibu negara Iran. Ianya menimbulkan kemarahan termasuk rakyat Uganda sendiri yang meminta Muhoozi berhenti memalukan diri sendiri dan negara mereka.
Kenyataan tersebut bagaimanapun dilihat ramai sebagai tidak realistik, memandangkan kemampuan sebenar tentera Uganda yang berada di kedudukan sekitar tangga ke-107 dunia dari segi kekuatan ketenteraan.
Sebagai pebandingan Iran berada di ranking ke-17 pada ketika ini.
Dalam masa sama, dia juga mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Turkiye dengan menuntut bayaran sebanyak AS$1 bilion, selain membuat permintaan kontroversi melibatkan “wanita paling cantik” dari negara tersebut sebagai hadiah.
*Ranking tentera Turkiye adalah ke-11 terkuat di dunia.
🚨GIVE ME $1 BILLION AND MOST BEAUTIFUL WOMAN IN TURKEY🇹🇷
Uganda's Chief of Defence Forces, Muhoozi Kainerugaba, who is also the son of President Yoweri Museveni, has demanded $1 billion from Turkey and the "most beautiful woman in the country" as his wife. 😺🎃😷Kainerugaba… pic.twitter.com/SPtxl0m9wk
— The Story Teller (@IamTheStory__) April 12, 2026
Siri kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif, termasuk kecaman terhadap sikap tidak profesional serta potensi mencetuskan ketegangan diplomatik.
Dalam konteks geopolitik, Kainerugaba kini dilihat sebagai antara penyokong paling lantang I*rael di benua Afrika. Pendekatan terbukanya itu berbeza dengan kebanyakan pemimpin dunia yang lebih berhati-hati dalam menyatakan sokongan secara terbuka.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi sama ada kenyataan Kainerugaba mencerminkan pendirian kerajaan Uganda secara keseluruhan.
Namun, tindakannya jelas menimbulkan persoalan besar mengenai disiplin komunikasi dalam kalangan pegawai tertinggi tentera.
Apa yang pasti, dalam dunia yang semakin sensitif terhadap isu geopolitik, kenyataan seperti ini bukan sahaja mencuri perhatian, malah berpotensi memberi kesan kepada hubungan antarabangsa Uganda dalam jangka panjang.