Seorang pelancong Nigeria mendedahkan kisah pahitnya semasa berkunjung ke Malaysia sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi berkunjung ke negara ini. Dalam perkongsiannya di laman TikTok, warga Nigeria bernama Suleiman tersebut mengatakan bahawa percutian yang dibuat untuk melawat teman akhirnya menjadi asbab mengapa dia memandang Malaysia sebuah negara yang rasis.

Kejadian yang berlaku pada 2016 dan semasa beliau masih digelar pelajar. Suleiman telah berkunjung ke Malaysia untuk melawat 2 rakannya warga India dan Uganda yang kali terakhir mereka bertemu adalah 5 atau 6 tahun yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa di Kuala Lumpur, beliau dan rakannya tidak menghadapi sebarang masalah dan menikmati percutian selama 4 hari bersama rakan-rakannya sebelum mereka membuat keputusan untuk terbang ke Sabah. “Di dalam pesawat, orang ramai merenung kami, orang kulit hitam, seperti mereka tidak pernah melihat orang kulit hitam dalam hidup mereka. Itu sepatutnya menjadi petunjuk pertama kami,” katanya.

Sebaik tiba di Sabah dan ketika pemeriksaan imigresen, dia dan rakannya dari Uganda telah dibawa ke dalam satu bilik berasingan. Tidak lama selepas itu, pegawai imigresen memulangkan pasport rakan Suleiman dan memberitahunya bahawa dia tidak dibenarkan untuk masuk ke Sabah.

“Dia berkata dan saya memetik ‘kami tidak membenarkan jenis anda di sini’. Saya okey, kerana tidak mahu sebarang masalah. Saya akan pulang ke Kuala Lumpur, ia bukan satu masalah besar,” katanya sebelum terkejut apabila pegawai tersebut menegaskan bahawa dia harus membayar sendiri tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya menjelaskan kepada pegawai tersebut bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli tiket ke Kuala Lumpur kerana dia masih belajar dan tiket penerbangan ke Sabah pula dibeli 8 bulan awal sebelum perjalanan dilakukan.

“Saya tidak mempunyai wang untuk membayar tiket pulang dan dia [pegawai] berkata, ‘okay, kami akan membayar untuk anda pulang [ke Kuala Lumpur]’ seolah-olah [mereka] mahu membantu saya.”

“Dan apabila tiba masa untuk berlepas, saya dibawa oleh polis pengiring ke dalam pesawat untuk dihantar pulang ke Kuala Lumpur. Rakan-rakan saya tidak mampu untuk pulang bersama saya, jadi saya ditinggalkan sendirian di Kuala Lumpur selama 3 hari,” tambahnya.

Memandangkan dia masih bercuti, dia mengambil keputusan untuk memanfaatkan masanya di Kuala Lumpur dengan meninjau ibu kota. Bagaimanapun ia satu kesilapan yang besar apabila tiada pemandu teksi yang mahu membawanya, manakala di kedai makan pula, tiada orang yang mahu mengambil pesanan kerana warna kulitnya yang berbeza.

“Apabila saya akhirnya [mahu berlepas] meninggalkan negara ini, semasa berbaris untuk menaiki pesawat, [ada] 5 pegawai keselamatan berpakaian merah mengepung saya, [mereka] mula bertanya kepada saya soalan [seperti], ‘dari mana saya datang? Ke mana saya mahu pergi?’ Mereka ambil pasport dari saya dan pancarkan dengan lampu yang berbeza untuk melihat sama ada pasport saya palsu. Jika saya menjejakkan kaki di Malaysia lagi, [mungkin] buah pinggang kiri saya akan beralih,” katanya.

Perkongsian Suleiman ini telah mengejutkan netizen yang sebahagiannya adalah rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka meminta maaf kepada Suleiman kerana dia terpaksa menempuh pengalaman pahit ini semasa berkunjung ke Malasyia. Sebahagian lagi merasakan bahawa stigma masyarakat terhadap mereka yang berkulit gelap masih wujud di Malaysia.