Bagaikan seorang chef dalam sebuah dapur profesional hotel 5 bintang, dapur keluli tahan karat (stainless steel) juga tampan digayakan dalam sebuah rumah dengan konsep terbuka. Pangsapuri di Paris ini menarik perhatian dengan kemasan berwarna putih, dan elemen-elemen semulajadi seperti warna kayu dan besi.

Direka oleh syarikat pereka dapur mewah, Abimis, ruang ini menyatukan rekabentuk dan fungsi dengan sempurna.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-1
hypebeast

Gaya retro juga terlihat dalam penggunaan sofa kulit lembu berwarna klasik, digandingkan dengan keseluruhan rumah yang berkonsep putih-semulajadi.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-2
hypebeast

Kerusi makan designer, Eames chair, juga digandingkan dengan meja makan berpermukaan keluli.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-3
hypebeast

Pertukangan keluli ini bukan setakat kelihatan moden, tetapi amat kemas dipandang mata.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-4
hypebeast

Kemasan warna asli batu-bata di luar juga melengkapkan pemandangan, sesuai dengan hiasan dalaman rumah.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-5
hypebeast

Dibanjiri cahaya semula jadi, pangsapuri ini menyeimbangkan sudut berpetak dan sudut bulat dengan baik.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-6
hypebeast

Rumah minimalis ini juga menonjolkan unsur vintaj dan kontemporari dengan seimbang.

paris-dapur-keluli-tahan-karat-7
hypebeast

Ruangan di pangsapuri ini benar-benar berubah dengan kehadiran dapur dan perabot keluli tahan karat.

BACA: 15 Bilik Tidur Dengan Gaya Industri Yang Memikat Hati

BACA: Rumah Lama TTDI Mendapat Sentuhan Moden Kontemporari Ini Dikagumi Orang Ramai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber