Meskipun sudah 23 tahun sejak sejak kes melibatkan pasangan Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, isu ini masih hangat lagi dibincangkan netizen sehingga ke hari ini.

Malah, nama bekas penyanyi ini kembali tular selepas lagu terbaru penyanyi rap, Malique turut menyertakan nyanyian Mona Fandey menerusi lagu Sedih hati.

Baca Juga:

Pada kali ini, menerusi perkongsian TikTok @dyamohamad90, beliau secara eksklusif berjaya berpeluang menemu ramah serta berkongsi kepada netizen pendedahan daripada anak Mohd Affandi serta anak tiri kepada Mona Fandey sendiri.

@dyamohamad90

♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap! – KakDya – CEO of korang2 kejap!

Menerusi perkongsian, lelaki yang kini berusia 39 tahun ini memaklumkan ibu dan ayahnya bercerai sewaktu beliau 7 bulan dalam kandungan.

Beliau sekadar dimaklumkan mempunyai ayah hanya selepas ibu kandungnya memaklumkan kepadanya pada tahun 1993 sewaktu berusia 9 tahun.

Teruja dengan mengetahui masih lagi mempunyai ayah, beliau turut memaklumkan kepada rakan-rakannya sekaligus diketahui oleh para guru apabila ayahnya serta ibu tirinya masuk ke surat khabar.

Beliau turut memaklumkan pemberitahuan tersebut yang sekadar untuk berkongsi kegembiraan bertukar menjadi tragedi apabila orang ramai mulai mengatakan beliau sebagai anak pembunuh.

Lelaki ini kemudiannya terpaksa menunggu sehingga 2001 sewaktu detik sebelum ayahnya digantung di mana beliau memaklumkan ayahnya iaitu Mohd Affandi meriba beliau serta meminta maaf dan minta beliau menjaga adik-adik.

Lebih mengejutkan bagi beliau sendiri, ayahnya memaklumkan tidak ada apa yang mampu diberikan serta meletakkan air liurnya ke dalam mulut lelaki ini sebagai tanda untuk mengalir darah daging.

Beliau turut mengakui mempunyai kelebihan yang tidak dapat diceritakan selepas menelan air liur tersebut. Walau bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak beramal. Lelaki ini juga turut pernah menerima tawaran membuka pusat rawatan di Kedah namun beliau menolaknya.

Kehidupan terjejas hanya kerana anak Mona Fandey
@dyamohamad90

♬ original sound – KakDya – CEO of korang2 kejap! – KakDya – CEO of korang2 kejap!

Lelaki ini turut memaklumkan beliau pernah mengalami kesukaran dalam hidup apabila terdapat pihak yang mengatahui beliau anak Mona Fandey.

Antara kesukaran hidup yang dihadapi adalah pernah dibuang kerja tanpa sebab hanya kerana bergelar anak kepada pasangan ini.

Lebih perit, beliau mendakwa pernah disumpah tidak akan mempunyai zuriat. Hal ini turut diakui oleh beliau di mana beliau yang sudah lama berkahwin masih tidak mempunyai rezeki anak sehingga ke hari ini.

Difahamkan sehingga kini beliau tidak lagi berhubung dengan dua lagi adik beradiknya atas sebab-sebab tertentu.

Mengaku terlalu banyak kisah ditokok tambah

Menerusi pendedahan yang dibuat, anak tiri Mona Fandey ini turut menerima soalan daripada para netizen melibatkan rumah-rumah yang pernah diduduki Mona Fandey.

Selain itu, beliau turut berang kepada pihak segelintir majalah dan media yang menggunakan nama Mona Fandey selaku bekas penyanyi dalam menghasilkan berita yang sensasi beserta unsur tokok tambah.

Sumber: TikTok @dyamohamad90

Menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang memaklumkan Mona Fandey yang sering kali dikaitkan dengan mistik merupakan seorang yang rajin membaca Al-Quran. Hal ini turut disahkan oleh warden penjara yang menjaga beliau semasa di penjara.

Didoakan dan diharapkan semoga anak-anak kepada pasangan ini dapat hidup dalam sejahtera sekaligus tidak lagi menjadi mangsa dendam insiden yang berlaku lebih 20 tahun ini.