Kes Mona Fandey pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia satu ketika dahulu kerana ia kes berprofil tinggi, pembunuhan ahli politik yang didalangi oleh penyanyi, Moda Fendey serta memiliki elemen mistik.

Dalam satu laporan, seorang pegawai penjara, Norizan Hamid tampil berkongsi pengalamannya menyambut hari raya Aidilfitri bersama arwah Mona Fandey ketika berkhidmat di bilik tahanan banduan akhir di Penjara Wanita Kajang suatu ketika dahulu.

Baca Juga:

“Untuk menghilangkan rasa bosan arwah (Mona) akan menyanyi beberapa lagu kegemarannya selain turut membaca Al-Quran siang dan malam, suaranya memang bertaraf penghibur.” ujar Norizan.

Menurutnya, pengalaman itu sukar dilupakannya sepanjang perkhidmatannya selama 30 tahun kerana banduan akhir perlu dilayan sebaik mungkin, berbeza dengan banduan yang lain.

Bercakap tentang pengalamannya menjadi seorang warden penjara, perbualan bersama mereka yang menunggu hukuman gantung sampai mati membuatkan dirinya berasa sedih.