Drama Layang-Layang Perkahwinan arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, dan Keith Foo sudah mula ditayangkan di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 8 Januari 2024.
Untuk pengetahuan anda, drama ini membawa naratif konflik dan mencari keadilan bila Saida menghadapi cabaran dalam rumah tangganya. Baru-baru ini, video adegan dalam drama tersebut telah dikongsikan pengguna platform X.
Baca Juga:
- Karya Drama Melayu Tidak ‘Bermutu’ Punca Nasir Bilal Khan Tolak Tawaran Berlakon?
- ‘Sedih Dengan Industri Drama Melayu’ – Netizen Kecewa Pelakon Berumur 15 Tahun Dipilih Berlakon ‘Babak Dewasa’
Si bini suruh PA laki dia tolong tengokkan laki dia dia kat office. Sekali PA tolong tengok sampai si Shukri Yahaya mandi.
PA tak guna. pic.twitter.com/7l3XXokf7v
— Bbie. (@twtbiy) January 14, 2024
Menerusi video terbabit, dapat dilihat drama itu menyelitkan ‘soft porn’ dan dimana memaparkan Azim Hasibullah (Shukri Yahaya) sedang mandi dengan seorang wanita iaitu skandalnya sedang melihatnya.
Susulan itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang apabila adegan-adegan seperti itu dipaparkan di kaca TV dan mengatakan tidak wajar mengetengahkan naskah yang boleh dikatakan tidak bermoral.
Sampah nya drama melayu sekarang 🤢.. i like syukri yahya but this, nah bruh.. geli bodo.. kita ni agama islam tau, walaupon berlakon, this is so wrong. https://t.co/wIeRLXtIjk
— Aiinnn ✨ (@Wannaaa1211) January 14, 2024
Produser kat Malaysia memang nampak culture cheating je ke kat Malaysia ni. Culture culture lain tak nampak ke? Ke memang buta? Memang tak boleh buat satu pun cerita tanpa ada unsur cheating ke? Agaknya memang cheating ni dinormalisasikan la kot kan kat sini. Maghoh la aku! https://t.co/5gfeTHfcUn
— scha in her this is me trying era 🧚🏼 (@totallyfreaks) January 14, 2024
there u goes another drama that trying to doctrine us in “cheating is normal nowadays” “kawin duatiga” “curang lakibini org” bila tv semua tayang benda mcm ni. so bila happen irl pun org akan auto “normalise kan bnd ni” like oh curang biasa la tu. why? otak dah kena cuci hari2. https://t.co/KBElQ9XXx2
— helloLove (@reyramitiska) January 14, 2024
Bukan itu sahaja, peminat Shukri Yahaya turut berasa kecewa kerana Shukri memilih untuk berlakon dalam naskah terbabit. Malah, para netizen berasa pelik dengan kualiti drama Melayu kini yang semakin tidak segan silu memasukkan unsur soft porn.