Drama Layang-Layang Perkahwinan arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, dan Keith Foo sudah mula ditayangkan di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 8 Januari 2024.

Untuk pengetahuan anda, drama ini membawa naratif konflik dan mencari keadilan bila Saida menghadapi cabaran dalam rumah tangganya. Baru-baru ini, video adegan dalam drama tersebut telah dikongsikan pengguna platform X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, dapat dilihat drama itu menyelitkan ‘soft porn’ dan dimana memaparkan Azim Hasibullah (Shukri Yahaya) sedang mandi dengan seorang wanita iaitu skandalnya sedang melihatnya.

Susulan itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang apabila adegan-adegan seperti itu dipaparkan di kaca TV dan mengatakan tidak wajar mengetengahkan naskah yang boleh dikatakan tidak bermoral.

Bukan itu sahaja, peminat Shukri Yahaya turut berasa kecewa kerana Shukri memilih untuk berlakon dalam naskah terbabit. Malah, para netizen berasa pelik dengan kualiti drama Melayu kini yang semakin tidak segan silu memasukkan unsur soft porn.