Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini muncul sebagai parti politik pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi “Super” yang dinamakan sebagai MyOnePas.
Aplikasi MyOnePas yang mengintegrasikan sejumlah ciri menarik menerusinya baru sahaja diperkenalkan pada hari semalam. Perkara berkenaan diumumkan oleh parti berkenaan melalui satu hantaran di Facebook rasminya.
Baca Juga:
- Sunway Lancarkan Super App, Tawarkan Promosi Dan Mata Ganjaran Menerusi Aplikasi Khas
- Aplikasi Shell Sedia Untuk Digunakan Bagi Memudahkan Pengisian Minyak Di 650 Stesen Terpilih
- Aplikasi MyJPJ Bakal Tambah Ciri Pembayaran Untuk Mudahkan Pembaharuan Lesen
Aplikasi MyOnePAS ini hadir dengan sokongan penawaran kandungan memfokuskan gaya hidup Islamik, termasuk ciri seperti arah kiblat, waktu solat, dan juga sokongan seperti maklumat keahlian, sumbangan dan informasi berkaitan PAS.
Menariknya lagi, aplikasi ini turut diintegrasikan dengan ciri dompet digital yang dipautkan bersama dengan kad prabayar MyOnePAS Mastercard secara percuma untuk setiap pengguna.
Sejumlah ciri-ciri turut dirancang untuk ditambah secara berperingkat pada aplikasi berkenaan, termasuk seperti SKIMPAS, PASTI, PASnews, PASpay, PASpoll, PASmonitor, PASapps, PASdeal, PASmoney, PAS Experience, PAS999, PASdata.
Pada masa yang akan datang, terdapat beberapa fungsi lain yang akan diwujudkan bagi memenuhi keperluan pengguna. Buat masa ini, masih belum diketahui lagi bilakah akan diterbitkan secara rasmi pada Google Play Store atau App Store.