Dua pasangan yang dilaporkan bakal menjalinkan pertunangan pada Disember ini maut selepas mereka dirempuh kereta dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai).

Kedua mangsa yang meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah dilaporkan dirempuh oleh lelaki remaja yang memandu dari arah George Town menuju ke Perai. Remaja terbabit mulanya melanggar bahagian belakang lori menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan dan melanggar motosikal dinaiki penunggang lelaki dan perempuan berusia awal 20-an.

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan ini telah menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu kereta turut cedera manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak polis kini sudah menahan reman pemandu kereta tersebut selama sehari bagi membantu siasatan di bawah sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan tampil untuk membantu siasatan

Sumber