Keluarga dan rakan-rakan Sharon Rademacher tahu mereka akan menerima kejutan apabila melawat beliau di hospital. Sharon baru sahaja melahirkan anak, tetapi keluarga dan rakan-rakan tidak mengetahui sama ada bayi yang dilahirkan adalah lelaki atau perempuan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi ada kejutan lain yang lebih besar akan mereka dapati. Sharon dan suaminya, Korey tidak pernah memberitahu bahawa mereka mendapat bayi kembar, malah tidak pernah mendedahkan butiran ini kepada keluarga dan rakan-rakan semasa bayi mereka dalam kandungan.

Pasangan ini merakam reaksi orang-orang tersayang apabila menerima berita baik ini, yang sememangnya priceless.

Sharon melahirkan dua bayi kembar perempuan di Hospital West Florida di Pensacola pada 12 Mac.

Pasangan Rademachers memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi mereka, tetapi mereka mengetahui mereka akan mendapat bayi kembar.

Setakat ini, video pasangan ini yang bertajuk “Best kept secret ever?” telah ditonton sebanyak 7.5 juta kali.

BACA JUGA: Bayi Lelaki Ini Keliru Melihat Adik Kembarnya Kali Pertama Dan Membuatkannya Pening

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram