Di salah sebuah medan selera yang terletak di tengah-tengah Cheras menawarkan rakyat Malaysia dengan rasa masakan yang baharu dari Afrika.

Dalam sebuah video TikTok/@bigthreekopitiam, gerai yang diusahakan oleh pasangan dari Nigeria yang telah menawarkan sesuatu yang unik kepada rakyat Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pasangan tersebut yang kini tular, memberi penerangan tentang perjalanan mereka dari Nigeria ke Malaysia dan bagaimana mereka membina perniagaan ini ditengah-tengah masyarakat tempatan.

“Ia adalah peralihan yang mencabar,” kata pasangan itu, sambil menambah bahawa wujud tentangan awal dari masyarakat tempatan ditambah pula dengan kesan COVID-19.

@bigthreekopitiam

为了家人也在所不惜 #大三元 #bigthreekopitiam #ikattepi #kopibeng #tradisionaltaste #foodiekl #异国美食 #非洲 #非洲美食 #cherasfood #mahkotacheras

♬ original sound – Bigthreekopitiam – Bigthreekopitiam

Bagaimanapun, di tengah-tengah penolakan, Big Three Kopitiam menghulurkan bantuan dan mengalu-ngalukan pasangan ini menjual masakan mereka di dalam premisnya.

Masakan mereka pada mulanya menghadapi keraguan daripada pelanggan, namun tidak lama selepas itu beransur-ansur mendapat tarikan, dengan rebusan daging lembu yang berperisa dan sayur tumis yang lazat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Big Three Kopitiam atas layanan mereka, pasangan Nigeria itu menyatakan bahawa mereka sudah mula jatuh cinta dengan kebaikan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia.

Sumber