Kereta sudah menjadi keperluan utama untuk seseorang bergerak dengan mudah di Malaysia.
Selain menaiki Grab, sebahagian pelancong yang tinggal lama di sini juga mulai pertimbangkan membeli kereta terpakai untuk kegunaan seharian.
Wanita bernama Tanya yang berasal dari Rusia ini menceritakan pengalaman bagaimana dirinya telah ditipu oleh penjual kereta terpakai di Malaysia.
Tanya berkongsi pada mulanya dia telah membeli sebuah kereta Suzuki Grand Vitara model 2011 sebaik berpindah ke sini.
Dia telah mendapatkan kereta pada harga sekitar RM19,000 menerusi pasaran kereta terpakai tempatan dan dimaklumkan hanya mempunyai jumlah jarak sekitar 155,000 sahaja pada kereta itu.
Dengan harga yang dikira agak berbaloi itu, dia langsung meneruskan pembelian kerana kereta kelihatan masih dalam keadaan bagus dan dijaga oleh seorang pemilik asal. Ini memberi gambaran bahawa kereta itu pasti dipelihara dengan baik oleh pemiliknya.
“Kami sangat teruja kerana kereta yang sama akan dikenakan kos dua kali ganda berbanding di sini,” kongsinya dengan gembira.
Bagi dirinya, harga model kereta yang sama ini sedia dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal di negara asalnya.
Namun, selepas beberapa bulan kemudian, dia mulai mengesan bunyi pelik yang dihasilkan oleh kereta terbabit. Lebih teruk lagi, kereta itu secara tiba-tiba akan berhenti mengejut di tengah jalan sekaligus membahayakan keselamatan dia dan pasangannya.
Dia sedar ini bukanlah masalah komponen wear and tear semata-mata, malahan mendedahkan sudah membelanjakan hampir RM5,000 lagi untuk pembaikian pada akhirnya
Pada suatu hari dia menyoal seorang mekanik berhubung masalah keretanya yang sentiasa rosak pada saban minggu.
Ternyata, dia sangat terkejut apabila mengetahui kereta yang dibelinya bukanlah datang dengan jarak yang dipamerkan pada odometer itu tetapi sebenarnya sudah mencapai 250,000km.
Mekanik itu mendedahkan dia sudah masak dengan perkara itu kerana boleh dikesan menerusi komponen dalaman apatah lagi hal ini sudah biasa terjadi di Malaysia di mana penjual sedia menukar jarak batu untuk melariskan jualan kereta terpakai tersebut.
Wanita dari Rusia itu terkesima selepas mengetahui realiti sebenar pasaran jualan kereta terpakai pun mempunyai isu tersebut yang mana sering terjadi di negaranya juga.
“Saya ingat penipuan mileage hanya benda yang berlaku di Rusia sahaja tetapi rupa-rupanya di sini juga sama sahaja,” keluhnya.
Mekanik sempat memberi pesanan agar wanita itu berwaspada dengan membeli kereta secara terus dengan pemilik sebenar dan bukannya menerusi kedai kereta terpakai yang kebiasannya sudah mengubah suai odometer atau kosmetik untuk tampak menarik di mata bakal pembeli di luar sana.
Untuk makluman, pemanipulasian odomoter adalah praktis biasa yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang mana sengaja merendahkan jumlah sebenar mileage sesebuah kereta menggunakan peralatan dan perisian tertentu.
@tanya.in.malaysia Didn’t know it happens in Malaysia
Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen bersimpati dengan pengalaman buruk yang dihadapi oleh wanita itu dengan kereta terpakai yang dibelinya di Malaysia.


Sebahagian pula menasihati wanita itu untuk membuat penelitian sebelum membeli kereta terlebih dahulu termasuklah tidak pertimbang kereta yang sudah melebihi 150,000km kerana berpotensi datang dengan masalah kronik dan bukan sekadar membeli hanya kerana murah semata-mata.