Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki menipu isteri Along Cham.
Sebelum ini isteri Along Cham dituduh oleh Along sendiri telah menyeleweng dana derma awam bernilai RM100,000.
Konflik pasangan tersebut menjadi bahan cerita sensasi di media sosial. Ini apabila Along secara terbuka menuduh isterinya sendiri sebagai penipu.
Keluarga Along juga sudah membuat laporan polis ke atas Feena.
Namun isteri Along, Afreena berkeras menafikannya. Dia membuat laporan polis mempertahankan dirinya.
Kemudian mStar melaporkan bahawa sepasang suami isteri ditahan untuk membantu siasatan kes melibatkan penipuan wang berjumlah RM95,180 yang sebelum ini dituduh diseleweng Afreena atau Feena.
Suami isteri telah ditahan disyaki menipu isteri Along Cham
Polis bertindak pantas menahan dua suspek di Salak Tinggi, Sepang.
Kedua dua suspek ditahan reman di IPD Kajang.
Menurut laporan, Afreena telah menyerahkan wang sejumlah RM95,180 kepada pasangan suami isteri itu kerana mahu membantu Along Cham yang ditahan atas tuduhan memiliki dan memasukkan dadah.
Namun ternyata pasangan tersebut menipu isteri Along Cham – menurut laporan.
Ketika Along Cham dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000, pelawak itu terus menuduh isterinya sebagai penyeleweng wang derma yang sepatutnya digunakan untuk membantunya.
Antara mereka yang menyumbang termasuk Aaron Aziz, yang menderma ke dalam tabung sumbangan tersebut.
Along menuduh Feena tidak telus dan meminta semua pihak yang sudah membuat sumbangan untuk membuat laporan polis.
Along mendedahkan bahawa Afreena memberitahunya wang itu digunakan untuk kegunaan dia dan anak Along Cham.
Namun anak Along Cham di bawah jagaan Didie Alias sepanjang dia di dalam tahanan polis.
Feena kemudian membuat laporan polis dan mengesyaki dia sudah ditipu individu bernama Ika. Feena malah menegaskan bahawa dia tidak menyimpan wang derma sebanyak RM100k seperti didakwa.
Yang ada dalam akaunnya ketika ini adalah duit dia sendiri.
Feena seterusnya yakin bahawa kebenaran akan ditegakkan juga.
Netizen dan pengikut Feena berharap pihak yang menipu isteri Along Cham ini akan dihukum setimpal.
Namun buat masa ini, belumĀ ada perkembangan lain lagi tentang siasatan tersebut.