Sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini di mana terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menjadualkan tarikh baharu buat para penumpang yang menempah penerbangan. Situasi yang berlaku pastinya mengundang rasa tidak selesa buat para penumpang.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila syarikat AirAsia baru-baru ini dilaporkan telah menjadualkan tarikh baharu buat para penumpang bukan sahaja beberapa jam lebih lewat malah memberi tarikh baharu yang merupakan lima hari seterusnya.

Baca Juga:

Situasi melibatkan pasangan penumpang tempatan di Melbourne, Australia ini menerusi perkongsian Twitter @NazFarid telah membuatkan mereka terpaksa menetap lebih lama tanpa dirancang. Lebih parah, pasangan ini turut memaklumkan terpaksa mengeluarkan simpanan menerusi Amanah Saham Nasional Bhd (ASB).

Sehubungan dengan itu, beliau berharap Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke segera mengambil tindakan atas apa yang dilakukan pihak AirAsia ini.

Sejurus selepas perkongsian masalah dibuat menerusi platform Twitter, YB Anthony Loke dilihat tampil memberi respon di mana beliau mahukan AirAsia X membuat permohonan maaf kepada para penumpang yang terlibat manakala pihak MAVCOM sedia menyiasat isu yang berlaku.

Diharap AirAsia X segera mengambil tindakan dan tidak lagi mengulangi situasi yang berlaku yang pastinya bakal memberi kesan kepada syarikat dan juga masa penumpang.

Sumber