Sudah menjadi kebiasaan apabila Apple melancarkan model baharu iPhone, pastinya jenama ini akan menerima sambutan hangat daripada orang ramai seluruh dunia.
Sanggup beratur panjang berjam-jam malah terdapat individu yang sanggup tidur di hadapan kedai demi menjadi yang terawal memiliki iPhone model baharu antara yang sering berlaku.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali di mana sebuah pasar raya di Dubai bertukar menjadi huru-hara apabila dibanjiri oleh para pembeli yang ramai yang mahu mendapatkan siri iPhone 15.
Chaos in a Dubai shopping center to buy the new iPhone 15
That's how important USB-C is pic.twitter.com/UccbtKgYU3
— @levelsio (@levelsio) September 22, 2023
Lebih mengejutkan, terdapat individu yang dikatakan cedera parah akibat jatuh sewaktu berlaku huru-hura dalam pasar raya berkenaan.
Difahamkan pihak penguat kuasa turut terpaksa meleraikan pergaduhan yang berlaku disebabkan keghairahan para pembeli untuk menjadi terawal memiliki siri iPhone 15 ini.
@andrew.haroon_robert Today 6 am morning Dubai mall @apple #apple #applestore #iphone #iphone15 #duba
Menerusi sebuah video yang dikongsikan menerusi TikTok @ar_etc, difahamkan para pengunjung sanggup berlari-lari dan bertolak sesama pembeli semata-mata untuk berada di barisan hadapan sementara menantikan Apple Store dibuka.
Sementara itu, di Malaysia, Switch mendedahkan kesemua model iPhone 15 Pro Max selaku model termahal dalam siri ini sudah habis ditempah kesemua warna hanya dalam beberapa jam sahaja selepas tempahan dibuka.