Debaran kian terasa dengan pelancaran siri iPhone 15 yang bakal diadakan pada pagi ini. Untuk makluman anda, barisan peranti Apple pada kali ini berkemungkinan besar akan hadir dengan harga premium kerana spesifikasi yang lebih maju.

Firma penyelidikan Taiwan iaitu TrendForce telah menyenaraikan spesifikasi jangkaan yang bakal ditawarkan oleh siri Apple 15 ini. Dijangkakan pelbagai penambah baikan yang dibawakan dengan penggunaan teknologi dan cip yang lebih canggih.

Baca Juga:

Sumber Gambar: TrendForce

Selain peralihan kepada port USB-C yang didambakan ramai, model bukan Pro iaitu iPhone 15 dan 15 Plus dilaporkan bakal menggunakan sensor kamera 48MP dengan paparan Dynamic Island.

Sementara model Pro pula bakal menawarkan pelbagai ciri-ciri baharu seperti bingkai kerangka aloi titanium-aluminium, cip CPU A17 Bionic 3nm dan kapasiti memori sehingga 8GB RAM.

Sumber Gambar: Caviar

Malah, model Pro juga dikhabarkan hadir dengan variasi storan bermula pada kapasiti 256GB sehinggalah 2TB. Jika perkara ini menjadi kenyataan, maka siri iPhone 15 Pro bakal menjadi barisan iPhone pertama dengan pilihan storan sebesar 2TB.

Hal ini kerana koleksi jenama mewah Caviar sedia mendedahkan siri iPhone 15 Pro Pro bakal hadir dengan pilihan storan sehingga 2TB untuk pembeli di laman rasminya.

Selain itu, firma penyelidikan Taiwan juga meramalkan harga jualan yang seimbang untuk setiap model siri tersebut. Namun hanya iPhone 15 Pro Max dijangkakan mengalami peningkatan harga rasmi sekitar $100 (~RM467).

Berdasarkan hasil selidik dan kajian firma tersebut, berikut adalah jangkaan harga bagi siri Apple iPhone 15:-

iPhone 15

128GB – $799 (~RM3,799)

256GB – $899 (~RM4,299)

512GB – $1,099 (~RM5,199)

iPhone 15 Plus

128GB – $899 (~RM4,299)

256GB – $999 (~RM4,699)

512GB – $1,199 (~RM5,699)

iPhone 15 Pro

128GB – $999 (~RM4,699)

256GB – $1,099 (~RM5,199)

512GB – $1,299 (~RM6,099)

1TB – $1,499 (~RM6,999)

iPhone 15 Pro Max

128GB – $1,199 (~RM5,699)

256GB – $1,299 (~RM6,099)

512GB – $1,499 (~RM6,999)

1TB – $1,699 (~RM7,999)

Seperti biasa, Apple juga bakal menurunkan harga barisan peranti mereka yang terdahulu apabila siri iPhone baharu dilancarkan nanti. Oleh itu, anda boleh menjangkakan siri iPhone 14 akan tersedia pada harga yang lebih murah nanti.

Sama-sama kita nantikan acara pelancaran siri iPhone 15 yang bakal diadakan pada jam 1 pagi, 13 September waktu tempatan. Anda boleh menonton pelancaran berkenaan di platform YouTube dan laman web rasmi Apple.

Sumber