Boleh dikatakan siri iPhone 15 sudah mula digunakan secara meluas oleh pemilik terawal di seluruh dunia. Model iPhone 15 Pro dilihat menjadi pilihan utama kerana tampil lebih berkuasa dan tahan lasak.

Bagaimanapun, seorang pengguna di Reddit mendedahkan bahawa iPhone 15 Pro miliknya mengalami kerosakan pada lensa kamera yang mana bakal menelan kos penggantian mencecah ribuan ringgit.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Reddit

Difahamkan iPhone 15 Pro yang baru sahaja berusia 6 hari itu mengalami pecah pada salah satu lensa kamera ketika disimpan dalam poket.

Selepas menghubungi khidmat pelanggan Apple, beliau dimaklumkan bahawa anggaran kos membaiki lensa kamera tersebut bakal mencecah $800 bersamaan RM3,778. Hal ini sangat mengejutkan kerana harga kos membaiki itu sudah mencecah 50% daripada harga penawaran iPhone yang dibelinya.

Sumber Gambar: Reddit

Lebih merumitkan keadaan, beliau tidak melanggan pelan perlindungan Apple Care sekaligus tidak tertakluk kepada harga penggantian lensa kamera yang lebih rendah atau percuma jika bernasib baik.

Malah, kerosakan yang berlaku juga lebih tertumpu kepada kecuaian sendiri sekaligus menyukarkan sebarang rundingan untuk penggantian komponen tersebut secara percuma meskipun memiliki waranti setahun yang diberikan oleh Apple.

Susulan itu, ramai yang mula mempersoalkan kualiti Apple yang dilihat merundum terutamanya selepas memindahkan lokasi pengeluaran ke negara India.