Selain model versi biasa, Apple juga memperkenalkan dua model kelas flagship iaitu iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Nampaknya Apple tidak membawakan model iPhone 15 Ultra seperti yang dikhabarkan.

Terdapat beberapa pembaharuan yang dibawakan pada kali ini dalam menawarkan prestasi yang lebih mantap. Ketahui lanjut berkenaan spesifikasi iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max yang baru dilancarkan sebentar tadi.

Baca Juga:

iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max

Sumber Gambar: Apple

Seperti biasa, model Pro juga hadir dengan penawaran skrin bersaiz 6.1-inci dan juga 6.7-inci untuk Pro Max dengan paparan Super Retina XDR. Malah, peranti ini mempunyai sokongan HDR10 dan Dolby Vision untuk paparan visual yang mengagumkan.

Pada bahagian panel skrin hadir dengan kaca perlindungan seramik yang lebih tahan lasak. Pada bahagian kerangka pula memperlihatkan penggunaan titanium yang lebih tahan kukuh dan ringgan.

Sumber Gambar: Apple

Dengan ini, model iPhone 15 Pro menjadi iPhone paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Apple setakat ini. Pada bahagian sisi pula mempunyai action button yang mana pengguna boleh melakukan tetapan pintas untuk melakukan sejumlah perkara seperti mengakses shortcut, membuka kamera dan sebagainya.

Kedua-dua model ini hadir dengan cip pemprosesan lebih berkuasa dan terkini, iaitu Apple A17 Pro. Menariknya, cip ini juga menyokong ciri ray tracing yang mana menawarkan grafik yang lebih lancar dan pengalaman permainan dan AR yang imersif.

Seperti yang dijangkakan, model ini juga bakal hadir dengan penggunaan pengecas dan penyambung berasaskan USB-C sekaligus menyeragamkan penggunaan pengecas antara iPhone, iPad dan juga MacBook.

Sumber Gambar: Apple

Dari segi fotografi, Apple menawarkan sensor kamera 48MP yang mana menawarkan kualiti rakaman yang lebih baik. Ini termasuklah dalam keadaan yang malap.

Pada kali ini, iPhone 15 Pro Max mendapat kelebihan tersendiri yang mana mempunyai optikal zum terpanjang iaitu 5x dan sistem penstabilan terbaik sekaligus membolehkan anda menangkap gambar dengan baik dalam pelbagai senario.

Malah, ia menawarkan sokongan rakaman video 4K60 di mana akan memudahkan lagi pengguna melakukan pemindahan fail dengan pantas menerusi kabel.

Sumber Gambar: Apple

Bercakap mengenai harga pula, model Pro Max sedia menjadi iPhone termahal pada barisan kali ini. iPhone 15 Pro sedia ditawarkan pada harga RM5,499 manakala iPhone 15 Pro Max hadir dengan tanda harga bermula daripada RM6,499.