Antara punca mengapa semakin ramai individu menjadi muflis adalah kerana terlalu melayan kehendak untuk mendapatkan barangan mewah. Mereka sanggup berhutang atau membuat ansuran walhal realitinya tidak berkemampuan lagi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Fb bernama Betterman Chan telah berkongsi dua keping tangkap layar yang memperlihatkan perbualan dia bersama seorang individu yang mahu mendapatkan iPhone terbaharu melalui kedainya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pada mulanya, individu terbabit menanyakan soalan bagaimana prosedur bayaran ansuran dan model iPhone yang ditawarkan oleh kedai gajet itu.

Chan lalu memaklumkan fasiliti ansuran ini hanya tersedia buat mereka yang tiada slip gaji dan memaklumkan tentang berlakunya kejadian di mana ada pembeli yang tidak membuat bayaran selepas mendapatkan pelan ansuran dengan tempoh yang lama.

Sumber Gambar: FB Betterman Chan

Bagaimanapun, individu tersebut masih nekad untuk mendapatkan ansuran telefon idamannya dengan kadar bulanan yang rendah serta diikat kontrak selama 5 tahun.

Permintaan individu langsung ditepis oleh penjual tersebut kerana ia suatu tempoh yang lama bahkan sudah menyamai seperti pembelian kereta pula.

Sumber Gambar: FB Betterman Chan

Dia malah memberikan alternatif kepada Chan untuk berurusan dengan syarikat yang menawarkan pinjaman seperti Aeon Credit dan JCL.

Menerusi hantaran tersebut, Chan lalu berseloroh mengatakan syarikat mana yang sudi memenuhi permintaan ‘gila’ oleh individu terbabit. Tambahnya, dia sudah tidak boleh menerima permintaan sedemikian.

Hantaran Chan ternyata berjaya meraih perhatian netizen dan rata-ratanya meluahkan hanya mampu geleng kepala dengan kerenah segelintir individu yang tidak mengukur baju di badan sendiri.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Sementara sebahagian netizen lain menasihati individu terbabit untuk membuat simpanan secukupnya dan barulah membuat pembelian secara tunai.