Seorang pengguna di TikTok mendakwa Apple secara tidak sengaja telah menghantar 61 unit iPhone 15 Pro Max sedangkan hanya menempah 4 unit sahaja untuk dirinya.

Menurut Giovanni  Petruzziello di TikTok, beliau menempah 4 unit iPhone 15 Pro Max pada September. Difahamkan tempahan yang dibuat termasuklah seunit dengan model 1TB untuk dirinya sementara tiga lagi dengan varian 256GB untuk pasukan media.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@legends_gio

Someone reallyyy screwed up 😭 #fyp

♬ original sound – Legends_gio

Kemudian, Petruzzielo mendakwa telah menerima kotak kecil berisi seunit iPhone 15 Pro Max TB. Namun begitu, beliau tidak menyangka terdapat lagi kotak besar yang dihantar bersamanya.

Beliau kemudiannya membuka salah satu kotak besar itu dan mendapati 20 unit iPhone 15 Pro Max 256GB di dalamnya. Dua kotak lain itu juga turut mempunyai jumlah yang sama.

Ini menjadikan keseluruhan 60 unit iPhone 15 Pro Max untuk ketiga-tiga kotak besar terbabit dan sebuah unit iPhone 15 Pro Max 1TB di dalam kotak kecil yang diterimanya.

@legends_gio

For the sake of privacy I cut out the footage of the man who I handed them off to #apple #iphone15

♬ original sound – Legends_gio

Selepas menghubungi Apple dan mencapai kesepakatan, beliau memilih untuk memulangkan semula 60 unit iPhone 15 Pro Max yang dihantar secara tidak sengaja kepadanya.

Pengakhirannya, Apple sudi membayar balik untuk keempat-empat yang ditempahnya. Ini bermakna Apple memberikan empat unit iPhone 15 Pro Max secara percuma sebagai ganti pemulangan 60 unit iPhone tersebut.

Jika kalau situasi ini terjadi kepada anda, adakah akan bersifat jujur lalu pulangkan semula kepada Apple atau menyimpannya secara senyap?