Apple baru-baru ini telah melancarkan siri iPhone 15. Hadir dengan empat model berbeza, iPhone 15 Pro Max telah diumumkan sebagai model iPhone dengan spesifikasi tercanggih menerusi siri ini.

Tidak hanya dilengkapi dengan spesifikasi dan rekaan yang serba baharu, pihak Apple turut mempertingkatkan kualiti kamera iPhone 15 Pro Max menerusi penyertaan lensa telephoto yang membantu pengguna mendapatkan gambar pada jarak jauh dengan jelas.

Baca Juga:

Sering kali dilabel sebagai telefon pintar pilihan para jurugambar serta mereka yang mahukan kualiti imej terbaik, siapa sangka Apple iPhone 15 Pro Max tidak berjaya menjuarai senarai telefon pintar dengan kualiti kamera terbaik menurut DXOMark.

Sumber: DXOMark

Difahamkan model ini berada di tempat kedua dalam senarai dibelakang Huawei P60 Pro. Dari segi pemarkahan, model ini berjaya meraih 154 mata untuk keupayaan fotografi dan 158 mata untuk fungsi rakaman video.

Menawarkan kualiti gambar yang baik menerusi gambar potrait dalam menghasilkan tona warna kulit yang tampak semula jadi serta keupayaan autofocus yang pantas antara yang menjadikan model ini berada di tangga kedua dalam senarai.

Di samping berjaya menawarkan antara kualiti imej terbaik menerusi telefon pintar di pasaran, DXOMark menyatakan iPhone 15 Pro Max mengalami kekurangan dari segi keupayaan zoom serta memerlukan masa yang panjang berbanding model lain untuk mengambil gambar pada keadaan cahaya malap.

Diambil menggunakan iPhone 15 Pro Max. Sumber: Apple
Diambil menggunakan iPhone 15 Pro Max. Sumber: Apple
Diambil menggunakan iPhone 15 Pro Max. Sumber: Apple

Sementara itu, model terbaru iPhone ini sekali lagi mendapat sambutan hangat di Malaysia apabila laman Switch mendedahkan kesemua warna dan storan iPhone 15 Pro Max sudah habis ditempah di laman mereka beberapa jam selepas pra-tempahan dibuka.