Seperti tiada tanda noktah pula dengan isu yang dialami menerusi barisan iPhone 15 Pro. Perkara ini sekaligus jadi mimpi ngeri buat para peminatnya kerana tertanya-tanya dengan kualiti siri kali ini.

Terbaharu, seorang pemilik tempatan berkongsi kisah iPhone 15 Pro Max baharu miliknya yang mengalami masalah skrin sehingga gagal berfungsi untuk kegunaan seharian.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Malaysia iPhone Users

Walaupun baru genap seminggu, difahamkan iPhone 15 Pro Max tersebut mengalami masalah skrin berkelip-kelip secara tiba-tiba. Beliau pun pergi ke Machines untuk tindakan lanjut dalam menyelesaikan isu tersebut.

Memandangkan masih mempunyai waranti setahun selepas pembelian, maka beliau telah dinasihatkan perlu pergi ke penyedia servis Apple di Sunway Pyramid untuk melakukan semakan kerosakan pada peranti.

Selepas telah disemak dengan terperinci, juruteknik memaklumkan perlu tunggu 14 hari untuk ganti skrin tersebut. Hal ini kerana komponen skrin masih tiada unit tersedia memandangkan peranti itu masih baru di dalam pasaran.

Beliau pun terpaksa meninggalkan telefon miliknya selama dua minggu kepada pihak penyedia servis untuk menggantikan skrin baharu.

Ekoran hantaran di Facebook itu, ramai juga tertanya-tanya mengapa Apple tidak menggantikan dengan unit baharu memandangkan isu skrin ini berpunca daripada kilang sendiri.

Dilaporkan banyak pemilik iPhone 15 Pro yang mengadu mengalami pelbagai masalah lain dan kini menjadi perbualan hangat di internet. Terdahulu, syarikat Apple sedia menukar lokasi penghasilan iPhone ke India ekoran tidak mahu bergantung dengan negara China sahaja.