Tahukah anda bahawa pasukan bola keranjang dari Amerika Syarikat (AS) tidak pernah tinggal di Perkampungan Olimpik malah lebih memilih gaya hidup mewah berbanding budaya seperti tinggal di asrama.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh NBC, difahamkan bahawa pasukan bola keranjang AS tidak akan menginap di Perkampungan Olimpik.

Sebenarnya ini adalah salah satu trend yang mereka amalkan sejak Olimpik 1998.

Mengapa pasukan yang sarat dengan bintang NBA ini terus mengelak dari tinggal di perkampungan atlet?

Sejak penampilan bersejarah pasukan Dream Team pada Sukan Olimpik Barcelona 1992, yang turut disertai legenda seperti Michael Jordan, Magic Johnson dan Larry Bird, pasukan bola keranjang AS telah memilih untuk menetap di hotel-hotel mewah atau di atas kapal layar.

Mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke Perkampungan Olimpik selepas itu.

Tradisi ini diteruskan dengan alasan untuk mengekalkan gaya hidup mewah serta memastikan keselamatan mereka lebih terjaga.

Menurut laporan dari USA Today dan The Washington Post, keselamatan dan privasi adalah faktor utama mengapa pasukan ini tidak menginap di Perkampungan Olimpik.

Contohnya, pada Sukan Athens 2004, mereka tinggal di kapal QM2 yang berlabuh di Mediterranean.

Di Beijing 2008, pemain bintang seperti Kobe Bryant, LeBron James dan Dwyane Wade memilih hotel mewah di tengah bandar.

Pada Sukan Olimpik London 2012, pasukan bola keranjang AS menginap di hotel mewah di tengah bandar.

Pada Sukan Rio 2016, mereka berlayar sekali lagi di atas kapal mewah The Silver Cloud yang dilengkapi pagar kalis peluru dan kawalan polis bersenjata.

Selain faktor keselamatan, pemain bola keranjang profesional yang mempunyai ketinggian yang luar biasa tinggi turut menghadapi cabaran dengan katil di Perkampungan Olimpik.

Katil yang berukuran 5 kaki 8 inci tidak sesuai untuk pemain yang berketinggian 7 kaki.

Semua ini menunjukkan bahawa pasukan bola keranjang AS lebih mengutamakan keselesaan, keselamatan dan gaya hidup mewah mereka daripada tinggal di Perkampungan Olimpik bersama atlet lain.

Keputusan pasukan bola keranjang AS untuk tidak tinggal di Perkampungan Olimpik pada Sukan Musim Panas 2024 di Paris bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Dengan sejarah penginapan mewah dan alasan keselamatan serta keselesaan, pilihan ini nampaknya lebih praktikal untuk mereka.

Walaupun ada yang mungkin menganggap ini sebagai sombong, ia adalah sebahagian dari strategi pasukan untuk memastikan prestasi terbaik di pentas antarabangsa.