Pada hari ini didapati ramai orang kurang mengendahkan kebersihan alam sekitar.

Baru-baru ini, pengasas perkhidmatan penghantaran makanan, Founder Misi dan pasukannya telah berkumpul membersihkan satu kawasan tasik di Puncak Alam.

Baca Juga:

Menerusi video dikongsikan, terdapat banyak sampah-sarap terdiri daripada botol kosong terapung di tepi tasik berkenaan.

Kemudian mereka membeli peralatan-peralatan diperlukan seperti sauk ikan, jaket pelampung keselamatan dan plastik sampah.

Difahamkan selepas dua jam mereka mengemas, sampah-sarap masih banyak lagi di kawasan tasik itu.

Dalam masa sama Founder Misi berharap orang ramai tidak ‘mempertikai’ inisiatif yang mereka lakukan itu.

“Harap tiada yang komen kami fokus macam-macam Misi. Ini cuma tanggungjawab kami terhadap kawasan Puncak Alam, tempat kami duduk.

“Dan semua dalam video ni adalah staf Founder Cafe dan Team HQ Misi seramai 40 orang. Ini sebagai aktiviti khidmat masyarakat sebelum aktiviti bawa semua team meals entertainment seminggu sekali,” kata Founder Misi.

Tambahnya lagi, operasi penghantaran makanan masih berjalan seperti biasa. Pada masa sama syarikatnya sedang melalui proses peralihan ke fasa korporat.

Beliau juga meminta orang ramai untuk bertanggungjawab ke atas sebarang perbuatan yang kita lakukan di atas bumi ini.

Food delivery berjalan seperti biasa dan sedang melalui proses peralihan ke fasa korporat.

“Saya cuma nak sampaikan bahawa — kita kena bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi di atas bumi ini,” jelas Founder Misi.

Pasukan Founder Misi Dipuji, Turun Padang Bersihkan Tasik Penuh Sampah
Sumber Gambar: Facebook Founder Misi
Pasukan Founder Misi Dipuji, Turun Padang Bersihkan Tasik Penuh Sampah
Sumber Gambar: Facebook Founder Misi

Ruangan komen hantaran video itu mendapat lebih 3 ribu komen yang memuji inisiatif Founder Misi dan pasukan yang turun padang membersihkan Tasik Puncak Alam itu.

Orang ramai turut berharap agar setiap individu di Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab dalam menjaga alam persekitaran dalam negara ini.