Rina Nose, seorang pengacara dari Indonesia yang pernah buat kemunculan di program realiti TV Malaysia tampil dalam satu podcast di Indonesia.
Menerusi podcast tersebut, Rina berkongsi perbezaan dunia hiburan di Malaysia dengan Indonesia. Menurutnya, jika di Malaysia, program realiti TV dirancang dengan lebih teratur dan bukanlah setiap hari seperti di Indonesia.
Baca Juga:
- Mahu Kawal Industri Hiburan, China Haramkan Influencer ‘Show Off’ Kekayaan Di Media Sosial
- Netizen Terkejut Drama Ini Papar Taktik Lelaki Curang Pakai Microsoft Excel
- ‘Saya Sedang Bekerja, Jangan Ganggu’ – Skrip Jururawat Dalam Drama Bersiri TikTok Ini Cetus Persoalan Netizen
@gkhebatofficial PERBEDAAN DISINI DENGAN DI MALAYSIA⁉️ PDP EPS. 46‼️ Nonton Fullnya di Youtube: Kaesang Pangarep by GK Hebat #PDP #PodcastDepanPintu #GKHebat #Kaesang #KaesangPangarep #RinaNose
Bukan itu sahaja, program realiti TV di Indonesia lebih banyak berbanding di Malaysia. Hos podcast bersetuju bahawa dari segi tayangan memang bagus sebab bersedia tetapi dari segi kewangan pastinya kurang berbaloi.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata netizen bersetuju bahawa rancangan realiti TV di Malaysia memang tidak banyak jika dibandingkan dengan Indonesia.
Malah, segelintir netizen mengatakan bahawa rakyat Malaysia kini sudah kurang menonton program di TV dan menegaskan bahawa program realiti TV perlu ditapis dahulu sebelum ditayangkan.