Jika anda menggunakan pengangkutan awam seperti LRT baru-baru ini, pasti telah merasai pengalaman unik apabila terhidu bau kopi secara tiba-tiba.

Susulan itu, ramai semestinya tertanya-tanya dari manakah datang bau kopi yang cukup sedap tatkaala menaiki LRT. Perkara ini bukanlah suatu misteri lagi apabila seorang pengguna telah membongkar kehadiran bau kopi itu disebabkan oleh promosi syarikat kopi Wonda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Zidane Harith

Difahamkan syarikat kopi Wonda telah memasang penyembur penyegar udara automatik dengan campuran perasa kopi di dalam beberapa gerabak yang sudah ubah suai khas untuk tujuan kempen promosi mereka.

Sumber Gambar: FB Zidane Harith

Selain mengubah suai rupa gerabak dengan iklan kopi, anda juga berpeluang menebus tin air kopi Wonda dengan mengimbas kod QR pada pemegang di dalam LRT terbabit mahu pun di mesin layan diri mereka.

Untuk makluman, terdapat beberapa stesen LRT terpilih untuk membuat penebusan iaitu di Masjid Jamek, Wangsa Maju, Ampang Park, Taman Jaya dan Ara Damansara. Anda boleh menebus sekali sahaja secara percuma sepanjang kempen ini dijalankan.

Hantaran pengguna itu telah meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya sangat teruja dengan taktik promosi yang cukup unik dan menarik.

Sumber Gambar:FB Zidane Harith
Sumber Gambar:FB Zidane Harith

Malah, ada yang berseloroh gembira dengan kehadiran penyembur penyegar udara itu kerana tidak perlu menghidu bau ‘sardin’ ketika waktu puncak menaiki LRT.