Lebih 70 atlet profesional — termasuk bintang bola sepak terkenal Paul Pogba, Hakim Ziyech, Anwar El Ghazi, dan Adama Traore telah menandatangani surat terbuka mendesak UEFA menggantung I*rael daripada semua pertandingan bola sepak Eropah.
Desakan itu dibuat melalui surat yang diserahkan kepada Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, oleh kumpulan Athletes for Peace dan gerakan Game Over Isra*l pada Selasa lalu.
“Tiada pentas harus menyambut rejim yang lakukan genosid”
Dalam kenyataan keras itu, mereka menegaskan: “Tiada pentas, gelanggang atau arena antarabangsa wajar menyambut rejim yang melakukan genosid, apartheid, dan jenayah terhadap kemanusiaan.”
Surat tersebut turut menuduh UEFA bersekongkol secara tidak langsung apabila terus membenarkan kelab negara haram bermain dalam pertandingan Eropah dan menerima dana daripada badan itu.
Mereka mendakwa UEFA kini “berisiko menjadi sebahagian daripada pelanggaran undang-undang antarabangsa.”
421 pemain bola sepak Palestin terbunuh
Menurut laporan, seramai 421 pemain bola sepak Palestin telah terbunuh sejak serangan negaram haram di Gaza bermula, manakala lebih 69,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban.
Serangan tersebut turut memusnahkan infrastruktur sukan di Gaza, termasuk stadium dan pusat latihan.
Protes terhadap penglibatan Israel dalam bola sepak semakin meningkat, termasuk di Birmingham, United Kingdom, di mana penyokong membawa kain rentang bertulis: “421 pemain Palestin dibunuh oleh Is*ael,” ketika semasa aksi UEFA Europa League antara Aston Villa vs Maccabi Tel Aviv pada 6 November lalu.
UEFA ditekan ambil tindakan seperti terhadap Rusia
Surat berkenaan turut menegaskan bahawa menggantung sesebuah negara kerana pelanggaran undang-undang antarabangsa bukan sesuatu yang baharu dalam dunia bola sepak.
“UEFA dan FIFA pernah menggantung Afrika Selatan ketika era apartheid, Jerman pasca-perang, Yugoslavia, dan baru-baru ini Rusia,” tegas mereka.
Desakan global semakin kuat
Gesaan menggantung Israel turut disokong oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Turki, Ibrahim Hacıosmanoglu, pada September lalu, manakala Persatuan Bola Sepak Ireland (FAI) meluluskan resolusi yang sama awal bulan ini.
Beberapa badan hak asasi manusia seperti Hind Rajab Foundation dan Gaza Tribunal juga menjadi antara penandatangan surat tersebut.