Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Perancis dan Juventus, Paul Pogba memberikan perkembangan terkini mengenai dirinya selepas menjalani hukuman penggantungan selama empat tahun ekoran positif doping pada awal tahun ini.

Dalam satu temu bual, Pogba menegaskan beliau seolah-olah sudah mati selepas apa yang dialami menyebabkan beliau tidak dapat bermain bola sepak bersama kelab dan negara.

Baca Juga:

“Bola sepak adalah satu perkara yang indah, tetapi boleh juga menjadi sesuatu yang kejam. Anda boleh melakukan satu perkara yang bagus tetapi esoknya ada dianggap tiada apa-apa.

“Saya sudah selesai, saya bagaikan sudah mati. Paul Pogba sudah tidak wujud lagi,” katanya.

Tribunal Anti-Doping Kebangsaan (TNA) Itali menerima permintaan Pejabat Pendakwa Anti-Doping untuk menyerahkan larangan empat tahun kepada Pogba โ€“ yang merupakan tempoh larangan yang biasa dikenakan di bawah Kod Anti-Doping Dunia (WADA).

Penggantungan itu bermula ketika Pogba pertama kali diuji positif, oleh itu pemain Perancis itu digantung sehingga Ogos 2027. Dia akan berusia 34 tahun apabila larangan itu dihentikan, menimbulkan keraguan sama ada kariernya akan diteruskan atau tidak.

Pogba merupakan salah satu pemain tengah terbaik di dunia ketika aktif beraksi dan beliau pernah bersama dengan beberapa kelab besar seperti Juventus dan Manchester United, memenangi saingan Serie A, UEFA Europa League dan juga Piala FA.

Kemuncak karier Pogba ialah ketika beliau membantu Perancis memenangi temasya Piala Dunia 2018 di Rusia yang mana Les Blues menewaskan Croatia di perlawanan akhir.

Karier pemain berusia 31 tahun itu mulai merudum ketika disisihkan oleh United dan kemudiannya gagal ujian doping.

Pogba dilaporkan menceburi bidang baru ketika menjalani tempoh hukuman dimana beliau akan terlibat dalam satu filem yang mana pemain ini memegang watak sebagai ketua jurulatih sebuah pasukan.