Pemain tengah Juventus, Paul Pogba digantung selama empat tahun selepas ujian doping mendapati beliau positif menurut laporan Sky Sports.

Tribunal Anti-Doping Kebangsaan (TNA) Itali menerima permintaan Pejabat Pendakwa Anti-Doping untuk menyerahkan larangan empat tahun itu – yang merupakan tempoh larangan standard di bawah Kod Anti-Doping Dunia (WADA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Penggantungan itu bermula ketika Pogba pertama kali diuji positif, oleh itu pemain kebangsaan Perancis itu digantung sehingga Ogos 2027. Dia akan berusia 34 tahun apabila larangan itu dihentikan, menimbulkan keraguan sama ada kariernya akan diteruskan atau tidak.

Menurut Sky di Itali, Pogba akan buat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne.

“Saya sedih dan terkejut kerana segala yang saya bina dalam karier bola sepak profesional telah musnah.

“Apabila saya bebas daripada sekatan undang-undang, cerita sebenar akan jadi jelas, tetapi saya tidak pernah atau sengaja mengambil sebarang makanan tambahan yang melanggar peraturan anti-doping.

“Sebagai seorang atlet profesional, saya tidak akan melakukan apa-apa untuk meningkatkan prestasi saya dengan menggunakan bahan terlarang.

“Saya tidak pernah menipu rakan sepasukan dan penyokong mana-mana pasukan,” jelas Pogba dalam kenyataan rasmi.

Sekiranya kes Pogba dibawa kepada CAS untuk diadili, maka WADA turut akan menentangnya. Penghakiman muktamad akan ditentukan di mahkamah Switzerland.

Pemain berusia 30 tahun itu digantung sebagai langkah berjaga-jaga pada September 2023 selepas didapati positif metabolit testosteron ketika perlawanan Juventus di Udinese pada 20 Ogos.