Bekas pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic mendedahkan dua pemain yang selalu membuat rakan sepasukan marah kerana sentiasa datang lewat ketika sesi latihan.

Matic membuat 189 penampilan bersama Red Devils sejak menyertai kelab itu pada 2017 dari Chelsea dengan yuran perpindahan sebesar £40 Juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Matic yang kini beraksi dalam saingan Ligue 1 bersama Stade Rennais mendedahkan pengalamannya ketika beraksi bersama United dan beliau membahas tentang dua pemain yang sentiasa datang lewat ke sesi latihan.

Nemanja Matic
Sumber Gambar: Stadw Rennais

Bekas pemain Benfica itu dipilih sebagai ketua unit disiplin di kalangan pemain dan bertanggungjawab untuk mengutip denda dari mana-mana pemain yang lewat ke sesi latihan.

“Di Chelsea, pemain bertindak secara profesional, mereka sentiasa menepati masa dan tidak pernah lewat untuk hadir bagi menyertai sesi latihan tetapi di United ia berlaku hampir setiap hari.

“Antara pemain yang selalu lewat ialah Paul Pogba dan Jadon Sancho serta beberapa pemain lain.

“Selebihnya kami yang sentiasa menepati masa berasa marah dan kami memutuskan untuk membentuk semacam jawatankuasa disiplin dalaman dengan saya berkhidmat sebagai presiden.

“Saya meletakkan sehelai kertas di dinding di mana saya mendokumentasikan nama individu yang tiba lewat. Dalam satu musim tertentu kami mengumpul sekitar £75,000 dalam bentuk denda.

“Kami telah merancang untuk menggunakan wang itu untuk mengadakan pesta di London tetapi kami tidak melakukannya kerana wabak Covid,” kata Nemanja Matic.

Ketika bergelar pemain United, Pogba sentiasa menjadi sasaran kritikan dari ramai pihak khususnya pundit di televisyen dimana mereka menganggap Pogba gagal menampilkan prestasi terbaik setelah dibeli dengan harga yang mahal dari Juventus pada 2016.

Bagi Sancho pula, beliau kini diasingkan oleh pengurus pasukan, Erik ten Hag setelah mengkritik pengurus dari Belanda itu mengenai cara layanannya terhadap beliau.