Bekas bintang Perancis, Paul Pogba berkongsi realiti pahit semasa beliau digantung selama 18 bulan ekoran masalah doping.
Baru-baru ini, Pogba sah menyertai AS Monaco selepas beberapa minggu menamatkan tempoh hukuman yang dikenakan pada 2023.
Baca Juga:
- Terkini: Diogo Jota Dilaporkan Meninggal Dunia, Terlibat Dalam Kemalangan

- Diogo Jota: Kisah Perginya Sang Moden Poacher Dan ‘Clutch Player’

- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA

Paul Pogba Lalui Detik Sukar
Pogba melalui detik sukar dimana beliau merasa terasing dan memuji isterinya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

“Orang ramai mengelak saya dan isteri saya. Isteri saya adalah orang yang menggembirakan saya semasa tempoh sukar itu.
“Telefon saya berhenti berdering seperti dulu dan orang ramai berhenti menghubungi saya untuk menghadiri acara.
“Saya tidak boleh berhenti memuji isteri saya atas apa yang dia lakukan ketika itu, walaupun kami mempunyai tugas sebagai ibu bapa anak-anak kami,” katanya.

Bercakap kepada Sky Sports, bekas pemain tengah Manchester United itu mengaku bertanggungjawab kerana gagal menyemak semula suplemen yang dia makan.
Namun, beliau berkata hukuman itu, pada mulanya larangan empat tahun, adalah “terlalu berat.”