Pavilion KL dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi telah pun membuat permohonan maaf selepas dahan dari pokok Krismas tumbang kepada salah seorang pengunjung difahamkan warga Singapura.

“Kami menyatakan kekesalan atas insiden yang berlaku pada tengah hari hari ini (25 Disember) di mana dahan pokok Krismas tumbang dan terkena pengunjung.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pasukan perubatan dan keselamatan kami segera bertindak balas, menemani pengunjung ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera. Pengunjung dilaporkan mengalami luka kecil dan menghargai tindakan segera daripada pihak pengurusan. Kami sedang berkomunikasi dengan dia dan keluarganya untuk memastikan kesejahteraannya.”

Susulan kejadian itu, mereka turut mengambil tindakan daripada terjadinya kejadian yang serupa.

“Pokok Krismas itu telah dipagar demi keselamatan semua pembeli. Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan ke atas semua hiasan untuk memastikan keselamatan dan integritinya,”

Untuk rekod, mangsa dari Singapura ini tidak menyangka bahawa sambutan perayaan Krismas beliau bertukar trauma selepas hiasan pokok Krismas yang tergantung di atas mereka jatuh tepat di atas kepala di Pavilion KL.