Pada minggu lalu, warganet mengadu banyak cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kekurangan pelekat cukai jalan (road tax) kerana menggantikannya dengan digital.

Bagaimanapun perkara itu menyebabkan segelintir pemandu menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan sekatan jalan raya.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Memetik Sinar Harian, pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar akui terdapat kekeliruan dan berlaku sedikit ‘kekalutan’ melibatkan perkara tersebut.

Menurut beliau, JSPT telah melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti mana diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

“Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan road tax dan lesen memandu digital.

“Ia bertujuan memastikan kesahihan dan keselamatan pemiliknya yang sah dan seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Mohd Nasri berkata, JSPT mempunyai aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu diuruskan pihak JPJ.

Oleh yang demikian kata beliau, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar atau ‘screenshotroad tax digital oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.

Screenshot oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya,” ujarnya.

Sumber