Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, nasib penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu akan ditentukan menerusi pihak Lembaga Siasatan hari ini, lapor Buletin TV3.

Suspek yang juga merupakan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) berkemungkinan bakal ditamatkan pengajiannya susulan kes pelajar junior yang ditekap seterika.

Baca Juga:

Tambah beliau lagi, sekiranya didapati bersalah, pelajar itu juga perlu membayar kembali wang pengajiannya.

“Kita sudah selesaikan siasatan dan sudah tentu hasil siasatannya sama dengan siasatan polis, hanya daripada segi hukuman akan ditentukan (Lembaga Siasatan) hari ini, terhadap penuntut itu.

“Kita (Kementerian Pertahanan) tidak akan berkompromi soal disiplin ini. Soal ‘ragging’ semasa orientasi itu bukan perkara baru, di mana-mana institusi pun ada, tapi tak pernah membabitkan soal kekerasan.

“Tindakan tegas akan diambil termasuk diberhentikan jadi kadet dan kita akan menuntut dibayar balik tanggungan pengajian yang sudah diberikan sepanjang masa pengajiannya,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Integriti Kementerian 2024 hari ini.

Terdahulu, seorang pelajar junior ditekap seterika oleh senior. Hasil siasatan awal mendapati pelajar senior itu membuat ‘gurauan melampau’, bukan buli atau motif dendam.

Sumber