Pegawai kanan Putera Mahkota Abu Dhabi, Khaled bin Mohamed Al Nahyan disiasat berkaitan salah laku kewangan Manchester City.

Ini selepas pegawai kanan tersebut dilaporkan adalah individu misteri yang pernah melabur wang dalam Man City.

khaled

UAE merupakan pemilik Manchester City. Dan negara itu kini berdepan dengan siasatan ke atas dakwaan bahawa kerajaan UAE kemungkinan memberikan arahan untuk memasukkan £30 juta dana peribadi ke dalam akaun kelab menerusi individu misteri tersebut.

city

Ianya salah di sisi undang undang peraturan kewangan EPL. Di mana pemilik kelab tidak boleh sewenang wenang memasukkan dana peribadi ke dalam akaun kelab bagi tujuan untuk dibelanjakan atau mengimbangi untung rugi kelab tersebut dalam peraturan PSR.

Dana tersebut sebelum ini diletakkan sebagai butiran di bawah individu misteri yang tidak didedahkan kepada umum, dan telah melabur dalam Manchester City.

Mahkamah dilaporkan menamakan seorang pelabur misteri sebagai ‘Encik X’.

Jaber Mohamed adalah pegawai kanan Putera  Mahkota Abu Dhabi

Menurut laporan penghakiman tertutup oleh UEFA pada 2020, Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA (CFCB), peguam Man City menyatakan ada individu telah melabur wang ke dalam syarikat milik kerajaan UAE iaitu Etisalat iaitu Jaber Mohamed.

Penghakiman tersebut yang telah disaksikan sendiri dan disahkan oleh The Athletic, serta sebelum ini oleh pembuat dokumentari YouTube mengenai perbalahan undang-undang Manchester City dengan Liga Perdana.

Pegawai Kanan Putera Mahkota Abu Dhabi Disiasat Atas Dakwaan Suntik Dana Peribadi Ke Akaun Manchester City

The Times, menyatakan bahawa ‘Encik X’ adalah ‘seorang yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan kewangan dan broker kepada entiti komersial di UAE’.

Terbaru The Athletic mendedahkan bahawa Jaber Mohamed adalah pegawai kanan Putera Mahkota Abu Dhabi, bekerja sebagai Ketua Pengarah Mahkamah Putera Mahkota (CPC), sebuah badan kerajaan Abu Dhabi yang menguruskan hal ehwal awam Putera Mahkota pada masa itu.

Dia adalah pegawai kanan yang dipercayai oleh Putera Mahkota Abu Dhabi.

Seorang lagi tokoh yang lebih kanan di CPC juga berada dalam lembaga pengarah Manchester City pada masa itu, jawatan yang dipegangnya selama lebih sedekad.

Ia telah enimbulkan persoalan yang tidak selesa bukan sahaja mengenai sumber pembiayaan untuk pembayaran penajaan, tetapi juga sama ada pembayaran itu diketahui dalam kalangan pemerintah atau kuasa tertinggi di UAE.

Buat masa ini masih belum dibuktikan bahawa Sheikh Mansour adalah individu yang mengarahkan Jaber untuk memasukkan wang peribadinya ke dalam kelab itu dengan berselindung di sebalik butiran penajaan.

Sebelum ini Man City didakwa di atas 115 salah laku kewangan sejak 2009 sehingga 2018.

salah laku

Sebelum ini City pernah didapati bersalah oleh UEFA kerana melangggar peraturan kewangan FFP. Namun dibebaskan daripadaa hukuman kerana pendakwaan lebih 5 tahun daripada kesalahan yang dilakukan.

UEFA ada tarikh luput untuk kesalahan kewangan. Namun di EPL, tiada tarikh luput untuk kesalahan kewangan.