Ketua Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat yang merupakan pegawai penting pentadbiran Donald Trump, Markwayne Mullin berkata beliau “berjoget kegembiraan” selepas Iran tersingkir daripada Piala Dunia.
Iran gagal mara ke pusingan kalah mati apabila tewas kepada perbezaan gol selepas jaringan kemenangan pada masa kecederaan ketika menentang Mesir dibatalkan akibat ofsaid yang sangat tipis.
Ketua jurulatih Amir Ghalenoei berkata pasukannya merupakan “pasukan yang paling ditindas” di kejohanan itu susulan konflik yang sedang berlaku antara Iran dengan Amerika Syarikat serta Israel.

Kem latihan Iran dipindahkan dari Arizona ke Tijuana, Mexico sebelum Piala Dunia bermula, selain pasukan itu turut dikenakan pelbagai sekatan perjalanan sepanjang kejohanan.
Walaupun seri 1-1 dengan Mesir pada Sabtu, Iran masih berpeluang layak sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik.
Namun, penyingkiran mereka disahkan selepas Algeria dan Austria terikat 3-3 dalam aksi dramatik pada Ahad.
Markwayne Mullin, yang mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, berkata pada Isnin:
“Saya cuma gembira mereka sudah tersingkir dan tidak akan kembali lagi.
“Saya sangat gembira apabila kami dapat menarik balik visa mereka dan memberitahu mereka supaya meninggalkan bumi Amerika Syarikat. Mungkin saya menyanyikan satu dua lagu atau mungkin juga menari kerana terlalu gembira.”
Mullin kemuidna menganggap Iran sebagai pasukan paling menyusahkannya keraan memerlukan banyak perhatian.
Mullin menambah: “Mana ada pasukan lain yang memerlukan lebih banyak perhatian daripada Iran,” katanya dalam nada lega melihat Iran sudah meninggalkan negaranya.
A politician in the Trump administration says he did a “happy dance” and “sung a song or two” to celebrate Iran’s exit from the World Cup.
Iran was knocked out of the World Cup after drawing all three of its group games, concluding in a 1-1 draw against Egypt which saw Shojae… pic.twitter.com/JzNgIxYZA6
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 30, 2026
Iran hanya dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sehari sebelum dua perlawanan pertama mereka dan diwajibkan meninggalkan negara itu pada hari yang sama selepas perlawanan berlangsung mengikut syarat visa yang dikenakan.
Sekatan tersebut hanya dilonggarkan menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan di Seattle apabila mereka dibenarkan tiba dua hari lebih awal. Namun selepas perlawanan menentang Mesir pada Sabtu, mereka sekali lagi diarahkan kembali ke Tijuana.
The comments made by Markwayne Mullin, the U.S. Secretary of Homeland Security, an official of the FIFA World Cup host country, which is obligated to guarantee fair play, demonstrate a reprehensible, fanatical, and hateful attitude.
He shamelessly boasted to reporters: 'I’m… pic.twitter.com/DZPzbYBaAa
— Iran in Japan/ 駐日イラン大使館 (@IraninJapan) June 30, 2026
FA Iran keluarkan kenyataan rasmi
Persekutuan Bola Sepak Iran kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak terkejut dengan komen Mullin.
Kenyataan itu berbunyi: “Rakyat Iran sudah lama terbiasa dengan layanan buruk dan pembohongan daripada pegawai Amerika Syarikat. Jadi tiada siapa di Iran yang terkejut dengan kenyataan bermusuhan seperti ini.
“Hakikat bahawa beliau secara terbuka meraikan penyingkiran Iran lebih menggambarkan sikap dirinya sendiri berbanding pasukan kami.
“Ia menunjukkan tahap kedangkalan yang sehingga tidak mampu menerima kehadiran sebuah pasukan bola sepak yang bertanding di pentas terbesar dunia.”
Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei, turut mendakwa Amerika Syarikat selaku tuan rumah bersama Piala Dunia bersama Kanada dan Mexico telah “melayan kami dengan sangat tidak adil”.
Beliau berkata skuadnya hanya diberikan “kurang daripada separuh” tempoh latihan yang sepatutnya untuk membuat persiapan.
Kapten Iran, Mehdi Taremi pula berkata: “Ketegangan seperti ini mencemarkan kegembiraan Piala Dunia. Saya sudah merasakan tekanan itu sejak detik pertama kami tiba.”
Sebelum meninggalkan Mexico, skuad Iran meninggalkan sekeping nota tulisan tangan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat negara itu di pusat latihan mereka.
“Menjadi tuan rumah yang sebenar ialah tentang rasa hormat, nilai kemanusiaan dan maruah. Kami tidak akan melupakan kebaikan penduduk Tijuana.
“Mulai hari ini, Mexico bukan sekadar negara tuan rumah buat kami, tetapi rumah kedua dan pasukan kedua kami.
“Kami meninggalkan Piala Dunia ini dengan penuh rasa bangga, namun masih ada satu persoalan penting: Adakah setiap pasukan benar-benar bertanding di bawah syarat yang sama dan standard profesional yang setara?
“Mungkin suatu hari nanti sejarah akan menentukan siapa yang benar-benar mengalu-alukan kehadiran Iran di Piala Dunia ini, dan siapa pula yang sebenarnya berharap perjalanan kami berakhir lebih awal.”